Thursday, January 5, 2017

Penjawat Awam Perlu Jaga Integriti - Azalina Kata


Tindakan tegas perlu diambil terhadap penjawat awam atau bekas penjawat awam yang cuba menggunakan kedudukan mereka untuk membuat kenyataan atau berkelakuan yang boleh mendatangkan fitnah sekali gus memberi persepsi buruk terhadap kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 memperuntukkan tiada penyata atau komen dibenarkan untuk menerbitkan atau bercakap tanpa persetujuan terlebih dahulu daripada menteri yang bertanggungjawab atau jabatan.

Beliau berkata, peraturan itu terpakai kepada semua kakitangan awam yang masih dalam perkhidmatan bertujuan mengelak salah faham daripada sumber tidak sah, selain mengelak salah tafsir atau salah faham mengenai keputusan kerajaan.

"Bagi yang bersara daripada perkhidmatan, mereka masih tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) yang memperuntukkan kesalahan yang berhubungan dengan pendedahan yang tidak dibenarkan berkaitan rahsia rasmi.

"Peruntukan mengikut Akta 88 diwujudkan bagi suatu kesalahan jika seseorang mendedahkan maklumat rahsia rasmi yang diperoleh ketika perkhidmatan selepas bersara.

"Semua kakitangan kerajaan perlu mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan untuk memastikan tiada salah faham timbul dalam kalangan masyarakat," katanya.



Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/230111

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails