Wednesday, January 18, 2017

PAS Akan Kerjasama Dengan UMNO Dalam 'Himpunan 355


Pas sekali lagi akan bekerjasama dengan Umno dalam menganjurkan perhimpunan raksasa bagi menyokong Rang Undang-undang 355 yang bakal berlangsung 18 Februari depan di ibu negara. 

Sehubungan itu, pengarah perhimpunan Nasrudin Hassan bersama Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz mengunjungi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Dalam pertemuan itu, mereka menyerahkan baju-T rasmi perhimpunan yang berwarna ungu (purple). 

Sebelum ini, Pas bekerjasama dengan Umno dalam menjayakan Himpunan Solidariti untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa.

Tempat yang sama dicadangkan kerajaan untuk menjadi tapak Himpunan 355 ini. Nasrudin Hassan menyifatkan, Januari dan Februari adalah dua bulan yang menyaksikan seluruh rakyat Malaysia sedang mengalami "demam purple".

Selain daripada berlangsungnya Badminton SS Purple League sejak 12 Disember 2016 dan akan berakhir 12 Februari 2017 kelak, kini Malaysia juga sedang menanti detik bersejarah Himpunan "Purple" 355.

Himpunan 355 (H355) yang juga bertemakan ungu akan berlangsung pada 18 Februari 2017 di bandaraya Kuala Lumpur.

Siri kempen dan roadshow 'Road to H355' sedang berlangsung dan kini marak ke seluruh negara, tulis Nasrudin dalam kolumnya di Harakahdaily.

Menurut ahli parlimen Temerloh itu, ramai yang bertanya beliau kenapa purple?

"Jawapan saya adalah kerana ia bukan merah, bukan kuning, bukan hitam, bukan biru, bukan hijau dan bukan lainnya. Maka ia adalah purple. Ia akan menghimpunkan semua warna-warna penduduk negara ini yang cintakan keamanan, kedamaian dan kesejahteraan hidup," katanya lapor Malaysiadateline

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails