Saturday, December 3, 2016

Tolak DAP, China Masa Depan Kita?.. Apa Ni?


Dalam Ucapan Dasar PAU atau Perhimpunan Bodek Najib, Najib memberitahu bahawa rakyat di negara ini hanya ada dua pilihan sama ada Umno atau DAP untuk memerintah Malaysia.


Bila dah Najib kata macam tu maka Ketua Pergerakan Wanita UMNO yang telah ditolak oleh rakyat tapi diselamatkan oleh Najib pun menyokonglah demi periuk nasi dia..

Katanya rakyat negara ini mempunyai pilihan sama ada mahu ditadbir Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi berasaskan semangat perpaduan pelbagai kaum atau pembangkang yang hanya dikuasai kaum tertentu.

Dan disambut pula oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pengundi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang ada 2 pilihan iaitu Umno dan DAP.

“Pada pilihan raya umum akan datang, pengundi akan dihidangkan dengan dua pilihan, sama ada Umno diketuai BN atau Pakatan Harapan pimpinan DAP.

“Ini adalah realiti yang dihadapi oleh pengundi seperti diperjelaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” katanya..

Tak payah tulis banyak-banyak lah.. aku yakin semua faham kenyataan dari pemimpin UMNO itu hanyalah untuk menakut-nakutkan Melayu..

Tapi strategi tu dah tak berapa laku sekarang ni sebab kebanyakkan rakyat yang celik politik dan faham makna demokrasi..

Tapi yang lawaknya dalam pemimpin UMNO itu sendiri bersungguh-sungguh mengajak rakyat untuk menolak DAP yang didominasi oleh kaum Cina itu.. perwakilan UMNO pulak boleh kata China masa depan kita..

Laporan berkaitan..

KUALA LUMPUR: Seorang Perwakilan Umno hari ini menggesa orang Melayu meningkatkan kemahiran mereka untuk kerjasama yang lebih rapat dengan China.

Ketua Wanita Umno Pasir Salak Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata salah satu kemahiran itu ialah mempelajari bahasa Cina yang mungkin sukar tetapi sangat memberi manfaat.

“Seperti batu jed yang tidak berguna jika tidak digilap, seseorang itu berguna hanya jika dia berilmu.

“China adalah masa depan jadi kita kena dekatkan diri dengan China. Perlu belajar bahasa Cina, (ia) sukar tetapi ini demi ilmu dan masa depan,” katanya ketika membahaskan usul berkenaan agama dan pendidikan dalam Perhimpunan Agung Umno 2016 hari ini.

Katanya, hubungan baik dengan negara itu akan memberikan peluang kepada rakyat menunjukkan kebolehan dan produk mereka memandangkan China kini menjadi salah satu pasaran dagang terbesar di dunia.

“Misalnya pelabur China perlukan jurutera dalam bidang tertentu, tentunya mereka akan ambil anak tempatan yang boleh bertutur dalam bahasa Mandarin.

“Kita selalu lihat iklan pekerjaan yang tertulis ‘hanya untuk yang boleh berbahasa Mandarin. Jika betul majikan mencari pekerja seumpama itu, marilah kita sahut cabaran dan ramaikan anak Melayu yang boleh berbahasa Mandarin,” katanya.

Wan Norashikin juga menggesa Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menghasilkan lebih ramai pelajar yang mampu “berfikir di luar kotak” untuk menyahut cabaran globalisasi.

Beliau berkata walaupun ada ramai graduan hari ini, kebanyakan masih gagal mendapatkan pekerjaan.

“Maka Umno Perak sarankan kementerian pantau universiti agar kursus sentiasa relevan dengan keadaan semasa serta tambah kolej vokasional. Malah setiap kawasan Parlimen kena ada kolej vokasional,” katanya lapor FMT

Video berkaitan..



Ha.. ha.. ha... nampak sangat hipokritnya UMNO ni..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails