Thursday, December 1, 2016

Perhimpunan UMNO Hanya Medan Bodek Najib?


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengkritik sikap Umno yang menjadikan persidangan agungnya kali ini sebagai medan membodek dan mengangkat Datuk Seri Najib Razak.


Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman juga kecewa kerana ia turut menjadi platform mengkritik bekas pemimpin Umno.

“Saya nak ucap terima kasih juga kerana mempopularkan PPBM sekurang-kurangnya,” katanya kepada FMT hari ini.

Semalam bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga pengerusi PPBM menjadi sasaran ucapan ketua Pemuda dan Wanita Umno Ketua Pemuda Umno,

Khairy Jamaluddin memetik sajak “Melayu Mudah Lupa” karangan bekas perdana menteri itu, sementara Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Jalil menyifatkan hari Dr Mahathir “bercium mulut” dengan pemimpin DAP Lim Kit Siang sebagai “hari paling gelap” buat dirinya.

Mengulas lanjut, Hamidah dalam masa yang sama turut mempersoalkan kenyataan Shahrizat yang menyatakan Najib sebagai perdana menteri terbaik.

“Bagaimana ketua Wanita yang berpengalaman membuat penilaian mengatakan Najib adalah terbaik? Lebih baik daripada Dr Mahathir dan Tun Abdul Razak sendiri?

“Pada saya Shahrizat mungkin terlalu lena di atas, tidak melihat rintihan dan suara rakyat di bawah yang mengeluh melalui keperitan hidup dan sebagainya,” katanya.

Beliau turut melihat persidangan sayap Wanita Umno tidak digunakan sebaiknya bagi membela rakyat terutama dari segi kenaikan kos hidup, pengangguran, kenaikan harga barang dan sebagainya..

“Perkara itu tak dibangkitkan, ia digunakan sebagai sesi menghentam Dr Mahathir secara khususnya. Ia satu perhimpunan yang gagal membawa aspirasi rakyat,” katanya.


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails