Wednesday, December 7, 2016

Mula-mula Kutuk, Kemudian Pujuk.. Sandiwara Apa Ni Najib?


Antara jerit pekik Najib dalam intonasi yang tak tentu arah dalam perhimpunan soladiriti buat Rohingya Ahad lalu yang turut dihadiri oleh Presiden PAS dan beberapa lagi pemimpin PAS adalah..


"Apa mereka nak buat? Sebagai ketua kerajaan nak minta saya tutup mata? Nak saya bisu? Tapi saya tidak akan menutup mata dan tidak akan membisu sebab mereka ini mesti kita bela.

"Kita bela bukan saja kerana mereka seakidah dengan kita. Mereka adalah manusia, mereka ada hak.

"Nyawa mereka bernilai dan kita akan berjuang habis-habisan."

Berucap dalam himpunan yang diadakan di stadium Mini Titiwangsa itu, Najib berkata isyarat sama diberi kepada menteri luar Myanmar, Aung San Suu Kyi yang pernah menerima anugerah nobel keamanan.

“Kita nak beri isyarat kepada kerajaan Myanmar. Kita nak beritahu kepada Aung San Suu Kyi. Enough is enough,” katanya.

“Kerajaan Myanmar akan anggap saya campur tangan dalam urusan Myanmar. Dia gertak saya, saya tak peduli.

“Sebab saya akan hadir (himpunan ini) atas nama Najib. Saya hadir atas nama ummah dan rakyat Malaysia.

“Bukan kita nak campur tangan. Kita nak ingatkan Myanmar charter Asean juga mempertahankan hak asasi manusia,” kata Najib.

Beliau juga menggesa presiden Indonesia Joko Widodo agar meminta rakyat republik itu berhimpun bagi menyuarakan bantahan terhadap Myanmar.

“Rohingya mesti diperjuangkan di Indonesia. Kita nak tunjuk bahawa kita dalam Asean ini, kita tak redha. Kita mesti bertamadun.

“Ini sebahagian maqasid syariah. Ini wajib, ini bukan pilihan. Sebab itu Umno dan PAS ada dalam himpunan. Ya, kita boleh berbeza pendapat. Soal Islam, soal ummah ini bukan politik, ini wajib,” katanya.

Video sila lihat di SINI



Tiba-tiba 2 hari selepas menjerit dalam stadium dan tersenyum dalam hati kerana berjaya memperbodohkan pimpinan PAS..

Myanmar Times melaporan, Jenderal Zulkifeli telah bertemu dengan Presiden Myanmar, U Htin Kyaw dan Ketua Angkatan Tentera Myanmar, Min Aung Hlaing bagi tujuan meredakan hubungan susulan kritikan keras Najib terhadap kerajaan Myanmar dalam perhimpunan itu yang menyaksikan beliau berpimpin tangan dengan Presiden Pas, Hadi Awang.

Mesyuarat tersebut disahkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Ketua Turus Angkatan Tentera Myanmar yang antara lain menyebut bahawa tiada perlanggaran hak asasi manusia dilakukan ke atas masyarakat Rohingya yang beragama Islam di negara itu.

Siapa yang menghantar Jenderal Zulkifeli ke Myanmar kalau bukan Najib atau sekurang-kurangnya ada restu beliau tentang pemergiannya itu?

Bagaimana nak berjuang habis-habisan terhadap Rohingya, jika belum apa-apa sudah dihantar wakil untuk memperbaiki hubungan?

Apa lagi yang mahu dipulihkan hubungan dengan Myanmar itu? Hubungan dengan Myanmar lebih penting atau pembelaan kepada Rohingya yang utama?

Patutlah juga, jangankan mahu memutuskan hubungan diplomatik atau memanggil pulang duta kita di Myanmar, malah duta Myanmar di Malaysia juga dipanggil-panggil sehingga ini untuk diserahkan nota bantahan.

Apa yang Najib nak bela lagi etnik Rohingya selepas ini?

Betullah juga kata Tun Mahathir, tugas Perdana Menteri bukan menyertai perhimpunan tetapi bertindak menggunakan kuasa yang ada.

Kalau kuasa yang ada tidak diguna, tetapi lebih memilih berhimpun, bukankah ia hanya sandiwara?

Hahaha....ini baru betul-betul sandiwara namanya. Pas terkena, ahli UMNO terkena dan semua yang menyokong turut "basah" dibuatnya.. tulis Shahbudin di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails