Thursday, December 8, 2016

Lebih Mahal AS$4 Bilion, Trump Batal Tempahan Air Force One


Donald Trump ni dia bussinesman, hasil dari usaha gigih dia telah menjadikan dia seorang billionair dan dia telah dipilih sebagai Presiden US yang baru menggantikan Obama baru-baru ini..


Menurut New York Times Donald J Trump telah membatalkan tempahan dengan Boeing Co untuk membina pesawat Air Force One yang baru bernilai lebih AS$4 bilion setelah menyedari kos berlebihan melampau.

"Boeing sedang membina satu pesawat baru 747 Air Force One untuk kegunaan presiden di masa depan, tetapi kosnya di luar kawalan, lebih AS$ 4 bilion.

Itu kat negara US, tapi ada pulak sebuah negara yang terletak di selatan negara China, pemimpin dipilih untuk menjadi Billionar..

Kat negara itu biarpun apa saja projek yang dijalankan walaupun kosnya melampau punya belebihan itu tak menjadi kesalahan asalkan kroni menguasai projek itu..

Begitu juga dengan sebarang pembelian, walaupun jelas yang dibeli itu mahal gila dan boleh dianggap termahal didunia, contohnya seperti Helikopter dan kenderaan 8x8 berbagai alasan dicipta untuk merealisasikan pembelian itu..

Berbezakan antara US dan negara di selatan negara China itu?

Laporan berkaitan..

Bakal Presiden Amerika Syarikat Donald J Trump membatalkan tempahan dengan Boeing Co untuk membina pesawat Air Force One yang baru bernilai lebih AS$4 bilion setelah mengadu kos itu di luar kawalan. 
"Boeing sedang membina satu pesawat baru 747 Air Force One untuk kegunaan presiden di masa depan, tetapi kosnya di luar kawalan, lebih AS$ 4 bilion. Batal tempahan!" kata Trump di Twitter. 
Memetik laporan Reuters, Trump yang bakal menduduki Rumah Putih pada 20 Januari akan datang juga dikatakan akan menggunakan kemahiran sebagai ahli perniagaan untuk membuat tawaran yang baik dan memberi manfaat kepada pembayar cukai Amerika. 
Beliau yang kemudiannya membuat penampilan mengejut di lobi Menara Trump di New York berkata, kos pembikinan pesawat yang menjadi simbol kehebatan presiden AS sebagai tidak masuk akal. 
"Pesawat itu betul-betul di luar kawalan. Saya rasa ia tidak masuk akal. Saya rasa Boeing melakukan perkiraan. Kami mahu Boeing menjana wang yang banyak tetapi tidaklah sebanyak itu," katanya kepada pemberita, memetik laporan yang sama. 
Boeing yang telah membina pesawat untuk presiden AS sejak tahun 1943 masih belum memulakan kerja-kerja penggantian untuk Air Force One yang sedang diguna pakai sekarang ini. 
Menurut syarikat itu, pihaknya kini menjalankan kerja-kerja di bawah kontrak bernilai AS$170 juta yang berkisar mengenai penentuan keupayaan pesawat untuk memenuhi keperluan unik presiden AS," jelasnya - Malaysiakini

Itulah bezanya Billionair dipilih menjadi pemimpin dengan pemimpin dipilih menjadi billionair...


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails