Wednesday, December 7, 2016

Krisis Di Rohingya Bukan Pembunuhan Beramai-ramai, Bukan Juga Kerana Agama?


Bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan berkata tidak ada pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di Myanmar.


Bercakap kepada BBC dalam satu temu bual selepas melawat negeri Rakhine, di mana pembersihan etnik dikatakan berlaku,

Annan berkata terdapat ketegangan tetapi bukan pembunuhan beramai-ramai. "Saya rasa terdapat ketegangan, terdapat perlawanan, tetapi saya tidak akan meletakkannya dengan cara yang sesetengah orang lakukan," katanya.

Annan dijemput oleh pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi untuk menyelia sebuah suruhanjaya bagi mengkaji keadaan di Rakhine.

"Ketakutan telah meningkat, tetapi kita perlu mencari jalan untuk meredakannya dan mula menggalakkan masyarakat untuk berhubung" Annan memberitahu BBC.

Beliau juga menasihatkan pemerhati supaya "sangat berhati-hati" apabila menggunakan istilah pembunuhan beramai-ramai lapor Malaysiakini

Sementara itu The Malay Mail Online pula mendakwa sebuah NGO Islam Myanmar dalam satu kenyataan yang telah dihantar ke Kedutaan Malaysia di Myanmar mengatakan apa yang berlaku di Myanmar adalah isu etnik bukannya isu agama..

Baca ni..

KUALA LUMPUR, Dec 7 ― The controversy surrounding the plight of the Rohingya people in the Myanmar state of Rakhine is not one of religious persecution, but an ethnic issue, a group of Myanmar Muslim NGOs have said in a statement delivered to the Malaysian embassy in Myanmar. 
According to Radio Free Asia, the statement, which was also sent to Myanmar’s Information Ministry, was released on December 5. 
“We hereby assert that the Muslim community in Myanmar do not take it as a religious persecution, but a controversial ethnic issue,” the letter said. 
The recent spate of violence in the Rakhine state has left more than 90 people dead and forced thousands of Rohingyas to flee into the neighbouring Bangladesh. 
Myanmar sees the ethnic Rohingyas as illegal immigrants from Bangladesh, and many of them are allegedly denied basic rights. 
The group urged that the “unfortunate” situation in Myanmar not to be “exploited” by any party, while stressing that the Asean charter prevents a member nation from interfering in another country’s internal affairs ~ The Malay Mail

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghadiri perhimpunan Ahad lepas, menggesa kerajaan Myanmar menamatkan pembunuhan beramai-ramai terhadap etnik Rohingya sehingga tindakan itu menimbulkan kontroversi.

Himpunan ini juga menyebabkan ketegangan diplomatik antara Malaysia dan Myanmar, dengan negara itu memetik acara itu sebagai melanggar dasar tidak campur tangan Asean.

Hmmm.. nak percaya kat siapa ni?


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails