Monday, December 19, 2016

Di Bawah Pentadbiran Najib, Ringgit Kini Terendah Sejak Krisis Kewangan 1998


Matawang tempatan, ringgit mencecah paras terendah sejak krisis kewangan Asia pada 1998 iaitu RM4.48 bagi setiap dolar Amerika Syarikat (AS) ekoran aktiviti para pelabur yang secara berterusan menjual aset pasaran membangun.

Keadaan aliran keluar itu turut diburukkan lagi dengan tindakan yang disifatkan keras oleh Bank Negara Malaysia (BNM) ke atas spekulator mata wang pada bulan lalu, memetik laporan Bloomberg.

Ringgit menyusut sebanyak 0.1 peratus ke tahap yang tidak pernah disaksikan semenjak bulan Januari 1998, menurut beberapa harga dari bank-bank tempatan yang dikumpul Bloomberg.

Ringgit telah mengalami penyusutan lebih 6 peratus semenjak pilihan raya AS dengan menjadi penurunan terbesar di pasaran Asia membangun atas jangkaan bakal Presiden AS, Donald Trump akan memperkenalkan dasar fiskal berteraskan inflasi sehingga mendorong aliran keluar dari rantau ini.

"Ia merupakan pertemuan relatif penurunan dalam metrik tunai, pegangan asing dalam bon yang semakin terjual, kebimbangan pelabur mengenai kawalan FX dan risiko politik atau tajuk asas," kata Vishnu Varathan, ahli ekonomi kanan di Mizuho Bank Ltd di Singapura.

Beberapa hari yang lalu, Wall Street Journal melaporkan, Malaysia dilaporkan menjadi salah satu daripada ekonomi di rantau Asia yang paling teruk terjejas ekoran kenaikan kadar faedah dan dolar AS.

Para pelabur asing menjual saham dan bon Malaysia bernilai AS$5.3 bilion pada bulan November, menjadi aliran keluar bulanan terbesar sejak September 2011, menurut ANZ Bank, katanya.

"Ia hampir satu perempat daripada AS$22.1 bilion yang ditarik keluar dari pasaran membangun di rantau ini termasuk China," mengikut catatan WSJ.

Sebahagian besar daripada ini, ujar laporan itu, adalah bon bernilai AS$4.5 bilion dengan aliran keluar hutang bulanan terbesar dalam sejarah, jelas ANZ lagi.

Ia ekoran prestasi ringgit yang terus merudum setelah kehilangan keyakinan pasaran dalam kedudukan kewangan negara dengan skandal 1MDB skandal menjadi antara faktor yang menyumbang ke arah itu.

"Walaupun pelbagai usaha dilakukan kerajaan untuk menyokong mata wang, ringgit kehilangan 6.5 peratus daripada nilainya berbanding dolar AS sejak pilihan raya AS, mencecah tahap rendah hampir 19 tahun pada 30 November.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Bursa Malaysia meneruskan kerugian pada tengah hari ekoran tekanan jualan berterusan saham-saham wajaran tinggi utama terpilih, kata peniaga.

Pada 12.30 tengah hari FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencatatkan 2.54 mata lebih rendah kepada 1,636.55, selepas bergerak antara 1,630.34 dan 1,636.55, di sepanjang sesi dagangan pagi.

Indeks dibuka 6.06 mata lebih rendah kepada 1,631.73 berbanding penutupan Jumaat pada 1,637.79.

Kaunter rugi mengatasi kaunter rugi sebanyak 314 berbanding 269 manakala 285 kaunter tidak berubah, 852 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 689.26 juta saham bernilai RM508.71 juta.

Seorang peniaga berkata bursa tempatan masih lemah disebabkan aliran keluar dana asing ekoran peningkatan kadar faedah US selain pengukuhan dolar berbanding ringgit.

"Aliran harga menurun itu juga selari dengan kebanyakan bursa serantau, kata peniaga itu.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank susut tiga sen kepada RM7.91, TNB turun enam sen kepada RM13.70, Public Bank susut 10 sen kepada RM19.70 manakala Maxis Bhd turun lima sen kepada RM5.95.

Antara kaunter rugi, Shangri-la Hotels susut 11 sen kepada RM5.14, Genting Plantation dan Metrod Holdings masing-masing susut 10 sen kepada RM10.62 dan RM1.68, manakala Axiata Group turun sembilan sen kepada RM4.59.

Bagi kaunter aktif, Hibiscus Petroleum meningkat 3.5 sen kepada 39 sen, KNM Group menokok 1.5 sen kepada 33.5 sen dan RGB International menokok setengah sen kepada 26.5 sen.

Rhone Ma Holdings, yang mula didagangkan pada 82 sen dengan premium tujuh sen berbanding harga terbitan 75 sen sesaham, juga antara kaunter paling aktif sebelum rehat tengah hari.

Pada rehat tengah hari, kaunter itu meningkat 13 sen kepada 88 sen dengan 34.22 juta saham bertukar tangan.

Indeks FBM Emas susut 6.69 mata kepada 11,445.81, Indeks FBMT100 susut 10.61 mata kepada 11,169.73 dan Indeks FBM Emas Shariah susut 3.23 mata kepada 11,990.21.

Bagaimanapun FBM70 meningkat 13.34 mata kepada 13,107.50 dan FBM Ace menambah 16.25 mata kepada 4,766.96.

Indeks Kewangan susut 26.45 mata kepada 14,330.09, Indeks Perladangan susut 9.76 mata kepada 7,732.28 namun Indeks Perusahaan meningkat 5.40 mata kepada 3,089.55 lapor Malaysiakini



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails