Thursday, December 8, 2016

Amanah Cemburu Lihat Hadi Dan Najib Sepentas?


PAN (Parti Amanah Negara) dilihat mencemburui langkah dua pemimpin utama UMNO dan PAS duduk sepentas mengenepikan fahaman politik dalam himpunan semalam dengan mendakwa ia cubaan mengambil kesempatan terhadap penderitaan yang menimpa masyarakat Rohingya.


Pengerusi Biro Antarabangsa PAN, Raja Bahrin Shah berkata dakwaan tersebut secara jelas dirujuk kepada UMNO dan PAS apabila kedua-dua Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang duduk di atas pentas yang sama bagi Perhimpunan Solidariti Rohingya.

“Pada pagi 4 Disember di Stadium mini Titiwangsa, UMNO dan PAS telah menggunakan kesempatan untuk menyuarakan pandangan mereka berhubung kezaliman kerajaan Myanmar terhadap rakyatnya sendiri ia itu kaum Rohingya.

“Tajuk isunya adalah sama- kekejaman atas Muslim Rohingya! Ini bermakna isu isu yang sepatutnya di bahas secara serious di Parlimen telah di bawa lari kesebuah Stadium untuk di bahas olih hanya UMNO dan PAS.

“Dengan itu ramai melihat ini sebagai usaha mengambil kesempatan dari penderitaan kaum Rohingya demi kepentingan politik dua parti politik terbabit, bukan sebagai mencari penyelesaian terhadap tragedi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Meskipun tidak dinyatakan secara jelas, ternyata PAN cemburu sekaligus menggesa Perdana Menteri mengadakan sidang khas parlimen mengenai masalah Rohingya itu.

“Kami ahli Parlimen Pembangkang terutamanya, tidak redha isu sepenting ini di HIJACK oleh Parti parti politik tertentu sahaja untuk kepentingan politik murahan mereka dan menafikan Parlimen Malaysia membuat ketetapan yang rasmi untuk Negara dan Rakyat Malaysia.

“Oleh itu kami disini menuntut Perdana Menteri mengadakan satu Sidang Parlimen Khas untuk Membahas Isu Kekejaman Keatas Muslim Rohingya di Dewan Parlimen Yang Mulia,” ujarnya.

Dalam solidari tersebut, lebih 10,000 orang berhimpun di perkarangan Stadium Mini Titiwangsa, Kuala Lumpur bagi membantah penindasan terhadap etnik Rohingya di Myanmar.

Ia dihadiri Najib, Hadi, dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid.

Selain itu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan juga dilihat hadir.

Para peserta membawa sepanduk, antaranya berbunyi ‘bebaskan Rohingya’ dan ‘Rohingya memerlukan suara anda untuk hapuskan pembersihan etnik’.

Najib dalam perhimpunan Agung Umno semalam mengesahkan kehadiran beliau dalam acara itu dan menegaskan perhimpunan tersebut bukan untuk menganggu hal ehwal Myanmar.

Ia berikutan kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Presiden Myanmar, U Zaw Htay yang memberi peringatan kepada Malaysia terhadap campur tangan dalam hal ehwal Myanmar ~ BNBBC


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails