Wednesday, November 2, 2016

Zahid Tak Terjawab Mengapa Anak Tiri Najib Tidak Disiasat


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid tidak dapat menjawab serangan bertalu-talu oleh Ahli Parlimen pembangkang yang mempersoalkan mengapa anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz yang berada dalam pesawat semasa lawatan ke China tidak disiasat berhubung isu membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Dua ahli parlimen DAP, Gobind Singh Deo dan Nga Kor Ming bangkit mempersoalkan mengenai status membabitkan dua individu, Riza dan Jho Low, dua nama yang terpalit dalam skandal 1MDB dan disebut nama mereka berkali-kali dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) Julai lalu.

“Persoalan itu, saya tak perlu sentuh di dalam pengulungan ini dan saya fikir oleh kerana kes ini dalam siasatan saya tidak akan menjawab.

“Saya fikir apa yang harus dilakukan mungkin menteri yang jaga perundangan boleh jawab isu itu,” jawab Zahid semasa sesi penggulungan di Dewan Rakyat hari ini.

Gobind semasa dalam dewan bertanya kepada Zahid mengapa Riza tidak dipanggil pihak polis untuk diambil keterangan tapi sebaliknya ahli parlimen pula dipanggil untuk diambil keterangan.

Gobind merujuk kepada tiga bekas menteri kabinet yang dipanggil pihak polis berhubung ucapan perbahasan mereka dalam Bajet 2017 lalu kerana membangkitkan isu berkenaan 1MDB dan membocorkan rahsia kerajaan.

Semalam, media sosial mendedahkan anak Rosmah, Riza berada dalam penerbangan pesawat kerajaan membawa Najib ke Beijing. Riza yang juga anak tiri Najib adalah individu disebut pihak berkuasa Amerika Syarikat dalam saman DOJ negara itu ke atas 1MDB.

Riza juga adalah penerbit filem The Wolf of Wall Street lakonan Leonardo DiCaprio.

Penyertaan Riza dikesan melalui tweet berserta gambar Najib mengenai ketibaan beliau di Beijing. Bagaimanapun ia kemudian dipadamkan.

Sementara itu, Setiausaha Agung Rafizi Ramli pula membidas tindakan rombongan Najib membawa Riza lapor The Malaysian Mirror


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails