Tuesday, November 29, 2016

Usul Hadi Bukan Hudud Najib Kata..


Umno akan mengadakan perbincangan dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian yang diusulkan PAS bagi memperkasa Mahkamah Syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah, kata Datuk Seri Najib Razak.


Presiden Umno itu berkata ini bagi membolehkan parti komponen mendapat pemahaman yang jelas berhubung tujuan RUU berkenaan.

"Kita sebagai sebuah kerajaan Barisan Nasional, kita akan berundinglah... dengan komponen-komponen Barisan Nasional supaya mereka faham apa dia sebenarnya tujuan rang undang-undang pindaan tersebut," katanya pada Program Soal Jawab Khas bersempena Perhimpunan Agung Umno 2016, di Putrajaya, semalam.

Perdana menteri menegaskan bahawa RUU berkenaan bukannya hudud dan hanya melibatkan umat Islam.

"Ini menaikkan kuasa kepada Mahkamah Syariah dan ini tidak kena mengena dengan bukan Islam sama sekali," katanya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat pada 24 Nov lepas.

Ia bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali Akta 355 lapor Malaysiakini


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails