Monday, November 14, 2016

UMNO Lebih Zalim Dari DAP Kata PAS?


PAS nampaknya cuba berlembut dengan blok pembangkang dalam Pakatan Harapan selepas menyedari mereka kini semakin hampir dipermainkan Umno membabitkan isu Rang Undang-Undang 355 atau hudud yang dibawa ke Dewan Rakyat lalu.


Sehingga kini masuk minggu akhir sidang Dewan Rakyat, tidak nampak RUU yang dibentang oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu akan dibahas di Dewan Rakyat walaupun pada awalnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah memberi jaminan untuk mengetengahkan undang-undang Islam itu.

Jika dahulu PAS Selangor paling lantang menentang DAP, tapi tiba-tiba mereka dilihat mengambil langkah berlembut apabila mendakwa Umno lebih zalim berbanding DAP, kenyataan untuk meredakan ketegangan antara dua parti berlainan pendirian itu.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata parti itu melalui pengalaman dizalimi Umno dan BN lebih teruk berbanding parti-parti lain, termasuk DAP.

Kata Iskandar parti berkenaan pernah berdepan pelbagai pengalaman hitam, termasuk pembunuhan ahli mereka di Memali, Kedah, serta penahanan Dr Burhanuddin Al-Helmy di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dr Burhanuddin adalah presiden ketiga PAS yang menduduki jawatan itu antara 1956 hingga 1969.

Justeru kata Iskandar PAS sentiasa lebih berhati-hati untuk membincangkan apa saja isu dengan Umno serta BN berbanding parti lain.

“PAS banyak tertipu dengan Umno. Kita pernah berada dalam BN; ahli kita mati dalam tragedi Mamali.

“Apabila kita berurusan dengan Umno kita amat berhati-hati kerana sebelum ini banyak ahli PAS ditangkap, masuk ISA macam Datuk Burhanudin Al-Helmy yang mati diseksa dalam ISA,” katanya pada sidang media selepas majlis Himpunan Ledakan Suara Rakyat (LASAK) di Taman Medan, Petaling Jaya, hari ini.

LASAK menghimpunkan wakil daripada pelbagai kelompok rakyat yang menyatakan pandangan mereka terhadap bermacam isu melanda negara.

Dianggarkan kira-kira 1,000 orang ahli dan penyokong PAS menghadiri majlis berkenaan.

Menurut Iskandar berbanding parti lain PAS menjadi pihak paling teruk dizalimi Umno lapor TheMalaysianMirror


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails