Wednesday, November 30, 2016

Reman Orang Asli Di Kelantan Dilanjutkan


Persatuan Orang Asli menuduh Mahkamah Majistret Gua Musang kekurangan empati terhadap keluarga Orang Asli yang ditahan semalam, dengan mengeluarkan arahan reman selama 3 hari.


“Keluarga Orang Asli di Gua Musang bergantung kepada suami dan bapa untuk meneruskan hidup mereka. Jadi, anda tidak boleh menahan mereka dalam lokap selama beberapa hari,” kata Presiden Persatuan Pembangunan Orang Asli Malaysia (Moada) Bob Manolan Mohamad.

Tambahnya, polis juga merampas kebanyakan motosikal digunakan Orang Asli di kawasan itu.

“Sekurang-kurangnya, jika mereka mempunyai motosikal untuk berulang alik mendapatkan makanan dari kedai, tetapi kini mereka terperangkap di sana.”

Penyelaras Pusat Orang Asli Concerns (COAC) Colin Nicholas berkata Orang Asli di Gua Musang sentiasa bergantung kepada hutan bagi memperoleh rezeki mereka, dan kerana itu mereka melibatkan diri dalam sekatan pembalakan pada September.

“Tanah itu penting bagi mereka dan justeru itu, ia perlu dipertahankan. Kegiatan pembalakan menjejaskan mata pencarian dan rezeki mereka, “katanya.

17 Orang Asli ditahan direman 2 hari, manakala 31 yang lain ditahan reman selama 3 hari.

Bob mendakwa pihak polis terpaksa melakukan 2 perjalanan disebabkan bilangan Orang Asli ditahan ramai.

“Selepas mereka menahan 17 orang yang pertama, masih terdapat protes. Lalu mereka datang kembali dan menahan 31 lagi,” kata Bob.

Apabila ditanya, Bob menolak kemungkinan pihak polis akan memeriksa kebajikan keluarga yang tinggalkan.

“Polis tidak akan berbuat demikian. Apa yang boleh dilakukan keluarga ini ialah bergantung kepada kepada saudara-mara mereka,” katanya lapor FMT

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails