Monday, November 21, 2016

PRU Tahun Depan Ramal Naib Presiden UMNO


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meramalkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan diadakan tahun depan dengan membayangkan Perhimpunan Agung UMNO 2016 sebagai persediaan terakhir untuk mempersiapkan jentera parti.


“Perhimpunan Agung UMNO tahun ini adalah yang terakhir menjelang pilihan raya umum yang saya jangkakan, tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan pada 29 November hingga 3 Disember ini.

Sempena konvensyen itu sebanyak 681 usul yang diterima di peringkat bahagian dan cawangan UMNO dibincangkan sebelum dibahaskan pada PAU 2016.

Pengerusi Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana kemudian menyerahkan usul itu kepada Ahmad Zahid lapor The Malaysian Mirror


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails