Saturday, November 5, 2016

Pertemuan Siti Hasmah Dan Wan Azizah Lengkapkan Gabungan Politik Baru..


Pertemuan Tun Dr Siti Hasmah Ali dengan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merupakan satu lambang perpaduan yang sedang terjalin erat dalam kalangan anggota serta parti-parti daripada Pakatan Harapan, kata bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.



Beliau berkata, pertemuan itu juga membuktikan perpaduan dalam kalangan Pakatan Harapan amat tulen dan menunjukkan jiwa besar mereka untuk menyelamatkan Malaysia daripada kerajaan BN yang korup.

"Apa yang terjadi ini telah meyakinkan keseluruhan rakyat bahawa jiwa besar Datuk Seri Dr wan Azizah dan Tun Dr Siti Hasmah bahawa tokoh-tokoh pemimpin dari Pakatan Harapan amat berpegang erat pada hukum Islam yang tulen.

"Mereka sanggup bersalaman dan berpeluk serta lupa segala sengketa lama serta melihat ke hadapan secara positif dengan satu nekad untuk tumbangkan Najib dan kerajaan paling korup dalam sejarah politik tanah air kita.

"Pertemuan yang dirahmati oleh Allah swt ini telah membuka mata rakyat secara seluas-luasnya," katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Tun Siti Hasmah mengunjungi Wan Azizah di rumahnya di Segambut, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, suami mereka, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengejutkan politik tanah air apabila mereka kembali bersalaman selepas 18 tahun bermusuh.

Khairuddin berkata, reaksi rakyat terhadap detik sejarah ini telah meninggalkan satu kesan yang cukup positif pada Pakatan Harapan dan rakyat semakin yakin dengan perpaduan di antara parti-parti dari Pakatan Harapan.

"Pertemuan bersejarah ini memberi satu suntikan baru di kalangan ahli-ahli akar umbi Pakatan Harapan untuk terus bersatu serta berganding bahu ke arah kita menawan putrajaya selepas PRU14 kelak," katanya lagi.

Dalam pertemuan selama sejam 40 minit itu kedua tokoh sempat bertukar-tukar cenderahati sebelum Tun Siti Hasmah berangkat pulang manakala Wan Azizah membuat persiapan untuk bertolak ke Johor.

Dalam pertemuan itu Tun Siti Hasmah menghadiahkan memoir peribadi beliau kepada Wan Azizah. Manakala Wan Azizah pula telah menghadiahkan produk susu kambing untuk kesihatan lapor MAlaysiaDateline


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails