Friday, November 25, 2016

Pameran Kartun Zunar Di Komtar DiSerang Penyokong UMNO..


Pameran kartun Zunar di Komtar, Pulau Pinang hari ini diserang sekumpulan orang yang tidak puas hati dengan karya-karyanya yang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Diketuai oleh seorang pemimpin Umno negeri dan NGO tempatan, mereka hadir selepas solat Jumaat dan menuntut Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque memberhentikan pameran itu.

Pengurus Zunar, Azura Aziz, berkata dua bahan pameran dirosakkan.

“Mereka beritahu Zunar keluarkan buku kartun dan ancam mahu bakarnya,” kata kartunis yang terkenal dengan kartun satira politik itu.

Exco kesihatan negeri Dr Afif Bahardin dikatakan berada bersama Zunar ketika kejadian.

Zunar melancarkan pameran kartunnya tengah hari ini yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng lapor Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails