Wednesday, November 2, 2016

Ni Alasan Nak Naikkan Harga Gas Masak Pulaklah Ni..


Kerajaan mengalami kerugian kira-kira RM10.5 juta akibat kes penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi sehingga Ogos tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.



Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Henry Sum Agong berkata ia berdasarkan nilai rampasan kes-kes melibatkan penyelewengan LPG di seluruh negara.

Katanya KPDNKK dengan kerjasama Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET) dan pelbagai agensi kerajaan lain telah melaksanakan 'Ops Gasak' bagi membanteras penyelewengan LPG bersubsidi itu.

"Sehingga 31 Ogos lepas, sebanyak 198 percubaan menyeleweng LPG bersubsidi berjaya dipatahkan dengan nilai rampasan yang dianggarkan berjumlah RM5.763 juta," katanya menjawab soalan Izani Husin (PAS-Pengkalan Chepa) pada sesi jawab lisan persidangan Dewan Rakyat.

Izani ingin tahu mengenai jumlah kerugian yang dialami kerajaan akibat kes penyelewengan LPG bersubsidi dan hasil kerjasama operasi KPNDKK dengan NRRET.

Menjawab soalan tambahan daripada Datuk Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang) mengenai penguatkuasaan mengawal kenaikan harga minyak masak,

Henry berkata KPDNKK sentiasa bekerjasama dengan Friends Of KPDNKK dalam menyalurkan maklumat berhubung kenaikan produk itu.

"Orang awam antaranya ketua kampung dan penghulu perlu menyalurkan maklumat sekiranya mereka mengesan ada peniaga yang melanggar undang-undang dengan menaikkan harga barang khususnya minyak masak," katanya lapor Malaysiakini


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails