Saturday, November 19, 2016

Negaraku Akhiri Himpunan Bersih 5..


Perhimpunan BERSIH5 berakhir kira-kira jam 5.30 petang ini - kurang 30 minit daripada waktu dirancang penganjurnya.


Gagal diadakan di Dataran Merdeka perhimpunan untuk mendesak kerajaan melakukan perubahan sistem pilihan raya dan penambahbaikan demokrasi itu beralih ke kawasan berhampiran bangunan ikonik Menara Berkembar Petronas.

Hujan dan ketiadaan Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah untuk menyampaikan ucapan penutup menjadi sebab untuk penganjur menamatkan perhimpunan.

Bagaimanapun ia tidak berlaku sehinggalah semua orang diajak menyanyikan Negaraku beramai-ramai.

Sebelum itu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan kepada orang ramai.

Menara berkembar itu pernah menempatkan pejabat Dr Mahathir ketika beliau berkhidmat sebagai penasihat Petronas.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails