Friday, November 18, 2016

Menjelang 'Bersih 5': 58 Jalan Dilencongkan Trafik..


Trafik di 58 jalan di tujuh kawasan di ibu negara akan dilencongkan menjelang penganjuran perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka pada Sabtu.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, kawasan yang terjejas adalah Brickfields (Little India), Masjid Negara dan Muzium Negara; Sogo dan Dataran Merdeka; Bangunan Parlimen dan Bank Negara; Pudu Sentral dan Pasar Seni; Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Chow Kit.

Beliau berkata, trafik akan dilencongkan dari pukul 7 pagi Sabtu sehingga berakhir perhimpunan oleh kumpulan Bersih 5.0 dan Baju Merah.

Tambah Amar, lencongan tersebut bagi memastikan keadaan trafik di kawasan berkenaan terkawal bagi mengelakkan pertembungan dua kumpulan itu.

"Orang ramai dinasihatkan mengikut arahan polis, menggunakan laluan alternatif untuk ke pusat bandar atau menggunakan pengangkutan awam," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Amar turut memberi jaminan bahawa polis akan melakukan yang terbaik bagi memastikan tiada pertembungan antara kumpulan Bersih 5.0 dan Baju Merah.

"Kita melakukan yang terbaik bagi memastikan kedua-duanya tidak bertemu," katanya lapor mStar


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails