Tuesday, November 1, 2016

Lokman Noor Adam Tampil Jelaskan Kenapa Harga Minyak Naik..


Harga runcit bagi petrol RON95, RON97 and diesel naik 15 sen, mulai 1 November 2016. Kadar baharu berkuat kuasa 1 November bagi RON95 adalah RM1.95 seliter berbanding RM1.80 sen seliter.



Harga RON97 adalah RM2.30 berbanding RM2.15 sen seliter, manakala harga diesel ialah RM1.90 seliter berbanding RM1.75.

Diesel Euro 5 turut mengalami kenaikkan dengan harga barunya RM2.00 berbanding RM1.85.

Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Lokman Noor Adam berkata, ia merupakan rasional harga petrol yang diapung pada penghujung 2014.

Berikut merupakan kenyataan penuh Lokman Noor Adam susulan harga baharu petrol RON95, RON97 dan diesel pada 1 November 2016:

Sepertimana yang kita sedia maklum, bila harga minyak dunia turun, kita telah memutuskan untuk mengapungkan harga minyak mengikut sistem apongan terkawal, ini bermakna kita tidak lagi memberikan subsidi untuk RON 95, mahupun Diesel. 
Harga purata bulan Oktober akan menjadi harga bulan November. Purata maksudnya harga dari 1 hingga 31 dibahagi dengan 31 hari. 
Bukan harga minyak dunia di hujung bulan mengikut pemahaman sesetengah pihak.
Ramai yang masih tidak boleh terima bahawa kita perlu berhenti memberikan subsidi secara pukal dan membantu rakyat melalui pengagihan subsidi kepada kumpulan sasar yang betul.

Subsidi pukal yang diberi sebelum ini bererti orang kaya dan orang miskin menerima nilai subsidi yang sama.

Contohnya pada bulan Julai 2014, setiap liter Ron 95, kita memberikan subsidi sebanyak 63 sen seliter. Ini bermakna orang kaya dan orang miskin akan menerima nilai subsidi yang sama setiap liter.

Malangnya si kaya menggunakan kuantiti minyak yang jauh lebih banyak berbanding si miskin.

Contohnya si miskin yang menggunakan kereta Kancil, bila mereka mengisi tangki mereka penuh dengan RON 95, jumlah subsidi yang mereka terima hanyalah sekitar RM18.

Manakala mereka dari kelas menengah yang menggunakan Toyota Camry membelanjakan RM150 untuk mengisi penuh tangki mereka. 
Jumlah subsidi yang terpaksa kerajaan bayar kepada mereka adalah sebanyak RM45, ini lebih kurang 3 kali ganda lebih besar dari si miskin tadi. Adakah ini adil?

Apa jadi pada petani yang hanya ada sebiji Honda Cup yang cuma menggunakan sekitar 3 liter petrol untuk memenuhkan tangki motor mereka. Subsidi yang dia dapat hanya RM1.89. 
Banyak mana pula subsidi yang diterima oleh mereka yang menggunakan Mercedese, BMW, Land Crusier dan sebagainya? 
Sudah tentulah, lagi besar tangki mereka dan lagi banyak “petrol consumption” mereka, lagi berat beban subsidi yang terpaksa kerajaan tanggung.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh kementerian kewangan, kita membelanjakan 70 peratus daripada nilai subsidi kita untuk membantu orang kaya, manakala hanya 30 peratus subsidi yang kita berikan dalam bentuk RON 95 dan Diesel dinikmati oleh rakyat terbanyak. 
Itu sebabnya, pemberian subsidi ini perlu kita rasionalkan.

Dalam masa yang sama juga kita perlu sedar bahawa duit yang kita kutip daripada pembayar cukai sewajarnya di pulangkan kepada rakyat Malaysia. 
Di bawah sistem subsidi pukal, Warga Indonesia dan Bangladesh yang tinggal di Malaysia juga akan menikmati subsidi hasil dari cukai yang dibayar oleh rakyat Malaysia.

Malah, setiap hari terutamanya dihujung minggu, subsidi yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia bocor kepada kereta Singapura, diseludup ke Thailand dan Filipina dan tidak kurang juga dijual diperairan antarabangsa. 
Subsidi bererti bantuan, pertolongan dan pemberian dari kerajaan kepada rakyatnya.
Jika ditanya siapakah yang patut mendapat pertolongan, sudah pastilah pertolongan itu perlu kita utamakan yang susah dahulu sebelum yang senang. 
Mestilah diberikan kepada rakyat kita, bukan warga asing.

Laporan dari AstroAwani

Rasionalnya.. aku pun tak faham apa yang si Lokman Nor Adam nak sampaikan ni.. ha.. ha.. ha..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails