Monday, November 7, 2016

Kenapa Guan Eng Tidak Pilih Rashid Atau Ramasamy Sebagai Penggantinya?.. Ini Jawapannya..


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng baru-baru ini berharap DAP menerima Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menggantikan beliau sebagai ketua menteri sekiranya beliau dipenjara.



Lim tidak menamakan kedua-dua timbalan ketua menterinya, Mohd Rashid Hasnon dari PKR dan P. Ramasamy, dari DAP.

Tindakan Lim melangkau Rashid boleh difahami, kerana beliau daripada PKR. Sememangnya di sini tiada faktor kaum, lagipun DAP tidak mengamalkan perkauman.

Tetapi mengapa Lim tidak tergamak pilih Ramasamy sebagai penggantinya?

Apakah Ramasamy tidak layak? Sekiranya Lim uzur hari ini, yang menjalankan urusan ketua menteri Pulau Pinang sebagai pemangkunya adalah Rashid dan Ramasamy, bukannya Chow.

Sekiranya Chow layak menjadi ketua menteri, mengapa pula dia tidak diambil sebagai timbalan ketua menteri?

Rasanya, Lim perlu memberi justifikasi mengapa Chow harus dipilih berbanding Ramasamy sebagai ketua menteri.

Selepas itu, beliau wajib menjawab mengapa Ramasamy diangkat timbalan ketua menteri, bukannya Chow, sekiranya benar Chow lebih layak daripada Ramasamy.

... Itu antara persoalan yang dibangkitkan oleh Timmy Say yang telah disiarkan oleh Free Malaysia Today di SINI

Sebenarnya bukan Timmy Say sahaja yang tertanya-tanya.. malah aku sendiripun pernah tertanya-tanya suatu masa dulu bila dimaklumkan oleh sumber dari DAP akan sebab sebenar Guan Eng mahu mengadakan PRN mengejut suatu masa dulu..

Persoalannya juga sama iaitu mengapa Guan Eng tidak mahu melepaskan jawatan Ketua Menteri yang dipegangnya kepada Timbalan Ketua Menteri yang ada.. samada TKM1 ataupun TKM2?

Ok.. untuk pengetahuan dan juga makluman semua jawatan TKM1 atau TKM2 adalah jawatan yang tiada dalam perlembagaan Negeri Pulau Pinang, oleh itu pemegang-pemegang jawatan tersebut tidak semestinya mengambil alih jawatan tersebut andaikata berlaku kekosongan dalam jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Menurut Perkara 7(2)(a) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang, Yang di-Pertua Negeri hendaklah melantik mana-mana ahli Dewan Undangan yang mungkin pada pandangannya mendapat kepercayaan majoriti ahli lain sebagai ketua menteri.  
Tidak ada apa-apa peruntukan dalam Perlembagaan Negeri Pulau Pinang atau undang-undang lain menyatakan timbalan ketua menteri akan dilantik secara automatik sebagai ketua menteri baru jika berlaku kekosongan.  
Malah, Perkara 7(5) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang menyatakan jika berlaku kekosongan dalam jawatan ketua menteri, semua ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK), termasuk timbalan ketua menteri, hendaklah terhenti daripada jawatannya.  
Ini bermakna, sekiranya Lim Guan Eng meletak jawatan atau hilang kelayakan di bawah Perkara 13(1)(e) perlembagaan negeri, iaitu selepas dijatuhkan hukuman salah dan dihukum penjara untuk tempoh tidak kurang daripada setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak mendapat pengampunan, maka seluruh ahli MMK yang lain turut akan hilang jawatannya dengan serta-merta.

Untuk memilih ketua menteri baharu, proses perlantikan di bawah Perkara 7(2)(a) perlembagaan negeri harus diulangi. 

Apa yang ada sekarang ialah hanya kesinambungan dari apa yang telah dipraktikkan oleh Barisan Nasional ketika mereka memerintah Pulau Pinang pada tahun 90an.

TKM1 Rashid Hasnon dilantik sebagai TKM bagi mewakili kaum Melayu manakala Ramasamy pula dilantik sebagai TKM bagi mewakili kaum India sebagaimana yang telah dipraktikkan oleh Barisan Nasional sebelum ini.

Rashid Hasnon adalah Wakil Rakrat dari PKR yang hanya mempunyai 10 Kerusi DUN sahaja berbanding 19 yang dikuasai DAP di Pulau Pinang.

Oleh itu beliau boleh dikatakan tidak layak kerana PKR bukanlah parti yang dominan di Pulau Pinang sekarang ini.

Jika kesinambungan dari Barisan Nasional iaitu kewujudan jawatan TKM dikekalkan oleh Kerajaan Negeri.. persoalannya disini ialah mengapa pula Gerakan yang lebih sedikit jumlah Kerusinya dulu diberikan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang tidak dilakukan oleh Kerajaan Negeri sekarang?

Itu adalah kesilapan UMNO paling besar ketika menguasai Pulau Pinang suatu masa dulu.. entah apa yang ditakutnya dengan Gerakan hingga sanggup melepaskan jawatan Ketua Menteri itu kepada Gerakan tak tahulah aku..

Jadi... kalau tidak Rashid mengapa tidak juga Ramasamy?

Kalau nak dibandingkan antara Ramasamy dan Chow Kon Yeow, kedudukan Ramasamy tidaklah setanding dengan Chow Kon Yeow di dalam DAP Pulau Pinang dimana Chow Kon Yeow adalah Pengerusi DAP Pulau Pinang... Ramasamy tu siapa?

Lagipun Chow Kon Yeow adalah individu yang sepatutnya memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang setelah Barisan Nasional tumbang dalam PRU12 dulu.. tapi malang buat dia.. Guan Eng dah 'Cah Keting' dia... he..he..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails