Sunday, November 27, 2016

Israel Dijilat Api, Rakyat Palestin Di "Kambing Hitam" Kan Lagi


Kebakaran hutan di Israel sejak lima hari lalu yang kemudiannya merebak ke Tebing Barat itu menyebabkan sekurang-kurangnya 180 cedera dan puluhan ribu penduduk terpaksa dipindahkan, lapor The Times of Israel hari ini.


Menurut portal berita itu, angka tersebut bagaimanapun dijangka lebih tinggi memandangkan ramai lagi penduduk cedera termasuk terhidu asap ketika musim kering dan angin kencang pada masa ini.

Penempatan haram Yahudi di Tebing Barat sekitar Dolev, Alfei Menashe dan Karnei Shomron juga dilaporkan terbakar.

Beberapa penduduk turut cedera akibat kebakaran di bandar Maale Adumim yang terletak tujuh kilometer dari perkampungan penduduk Palestin di Baitulmaqdis.

Bandar ketiga terbesar Israel, Haifa dicatat sebagai wilayah paling teruk terjejas dengan api merebak seluas 6,900 ekar mengakibatkan kira-kira 60,000 penduduk di utara Israel itu dipindahkan.

Pihak bomba Israel mengakui usaha memadamkan kebakaran sejak 22 November lalu antara operasi paling sukar pernah dilakukan apabila kira-kira 2,000 anggota bomba dikerah bertugas 24 jam bersama 450 tentera.

Sebanyak 14 pesawat dari skuadron memadam kebakaran Israel, dibantu oleh sekurang-kurangnya 15 pesawat tambahan dari 10 negara termasuk Eropah, Arab dan Amerika Syarikat (AS) turut berusaha memadamkan kebakaran yang sukar dikawal itu.

Sumber berita lain turut menyebut, pihak berkuasa Palestin turut menghantar 41 anggota bomba dan lapan trak ke Haifa dalam usaha memadamkan kebakaran.



Semalam, pihak keselamatan mengesahkan api yang marak memusnahkan sebuah bangunan di kawasan penempatan Israel di Tebing Barat menyebabkan tiga penduduk cedera parah.

‘Kambing hitam’?

Dalam perkembangan berkaitan, The Times of Israel hari ini turut melaporkan lebih 35 individu ditahan pihak berkuasa Israel atas tuduhan melakukan perbuatan khianat dengan mencetuskan kebakaran.

Situasi dilihat mencari ‘kambing hitam’ itu juga dapat dilihat pada laporan Channel 10 malam semalam dengan dakwaan kebakaran yang memusnahkan Halamish "nampaknya hasil daripada perbuatan khianat oleh sekumpulan rakyat Palestin.”

Lapor saluran televisyen Israel itu lagi, pihak keselamatan kononnya turut menemui bom petrol di lokasi kejadian.

Walaupun dakwaan tersebut diakui The Times of Israel sebagai “belum disahkan”, bagaimanapun portal itu dipetik menyatakan kebakaran yang menyebabkan kemusnahan teruk di Jerusalem, Jumaat lalu kononnya bermula daripada lemparan bom petrol dari Katana iaitu satu perkampungan Palestin bersebelahan.

Pada masa sama, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dilapor berkata, sebarang bukti perbuatan khianat akan dianggap sebagai ‘keganasan’.

Beberapa menteri Israel pula turut menuding jari kepada minoriti keturunan Arab yang terdiri daripada 17.5 peratus penduduk Israel kononnya menjadi dalang bencana paling buruk dalam sejarah Israel itu lapor MalaysiaDateline


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails