Tuesday, November 8, 2016

Ini Baru Betul-betul 'Kera Dihutan Disusukan, Anak Sendiri Mati Kelaparan..'


Ini barulah betul bagai dikata orang tua-tua.. kera dihutan disusukan, anak sendiri dirumah dibiar mati kelaparan..



Peruntukan IPTA dalam negara dipotong.. tiba-tiba boleh pulak Kerajaan memberikan sumbangan sebanyak RM12 Juta untuk Dewan baru bagi Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS), Universiti Oxford di United Kingdom.

Dalam Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuj Seri Najib Razak Jumaat lalu menyaksikan Universiti Malaya paling banyak menerima potongan dalam pembiyaan iaitu, RM175 juta atau 27.3 peratus.

Sementara Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Teknologi MARA dan Universiti Malaysia Terengganu, peruntukan masing-masing dipotong lebih 20 peratus.

Bajet bagi 11 IPTA lain pula dikurangkan antara 10 dan 20 peratus, manakala empat lagi IPTA peruntukan dikurangkan sehingga 10 peratus berbanding peruntukan sebelum ini.

Dalam pembentangan bajet itu, peruntukan bagi Kementerian Pendidikan Tinggi berkurangan daripada RM15.78 bilion pada 2015 kepada RM13.37 bilion untuk 2016.

Tapi menurut Mahasiswa Amanah ni.. bukannya RM12Juta saja.. tapi RM55Juta semuanya untuk OCIS tu..

Baca ni..

Mahasiswa Amanah mempersoal kewajaran pihak kerajaan mengeluarkan wang hampir RM55 juta kepada sebuah universiti di luar negara ketika peruntukan kepada seluruh Universiti Awam (UA) dipotong seperti dibentangkan dalam Bajet 2017.

Pengerusinya, Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda berkata, pihaknya memandang serius pembiayaan sebanyak itu kepada Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS), Universiti Oxford di United Kingdom yang dilihat seperti kera di hutan disusukan, anak di rumah dibiar kebuluran.

Menurutnya, situasi tersebut berlaku ketika peruntukan hampir semua UA dipotong antara 20 hingga 40 peratus manakala UA seperti Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia menyaksikan potongan peruntukan yang sangat besar.

“Apakah logik di sebalik aliran wang keluar sehingga RM55 juta kepada universiti luar ini sedangkan pada masa sama peruntukan kepada UA dipotong sehingga 19.32 peratus iaitu RM1.456 bilion?

“Adakah dengan pembiayaan berjuta-juta ini bakal melihatkan peningkatan ketara jumlah pengambilan pelajar dari Malaysia oleh OCIS?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Fadhli berkata, dana berkenaan berkaitan dengan lawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi tidak lama lagi yang menyaksikan pemimpin Umno itu memberikan ucaptama.

Menurutnya, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Ahmad Rasidi Hazizi juga dilapor menyifatkan lawatan Zahid itu sebagai bersejarah kerana Malaysia telah membiayai sebanyak RM12 juta bagi menyiapkan sebuah dewan baru.

“Apa yang mengejutkan ialah RM12 juta ini digunakan untuk hiasan dalaman dewan itu sahaja! Selain itu, dilaporkan juga sebanyak £10 juta juga telah dibiayai oleh Kerajaan Malaysia kepada OCIS,” ujarnya.

Sehubungan itu, Mahasiswa Amanah, ujarnya mendesak kerajaan menghentikan pembaziran dan memberi penjelasan sejauhmana kerajaan masih menyedari peranannya untuk memajukan pengajian tinggi negara ini.

“Kami mendesak Datuk Seri Zahid Hamidi dan kerajaan untuk menjelaskan apakah kerajaan sudah lupa akan tanggungjawab membangunkan pengajian tinggi negara atau lebih suka membiayai hiasan dalam sebuah universiti luar negara?

“Sekiranya desakan ini gagal diberikan penjelasan oleh kerajaan, kami yakin para mahasiswa seluruh negara tidak akan berdiam diri,” tegas Ahmad Fadhli lagi ~ MalaysiaDateline

Kenapa?.. Apa faedahnya untuk Malaysia?


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails