Thursday, November 24, 2016

Cakap Sajalah Nak Naik Harga Gula Tu.. Tak Payah Cover Dengan Nak Kaji..


Bukan sesuatu yang luar biasa bagi Kerajaan Barisan Nasional ni.. bila kajian dibuat akhirnya akan berlaku kenaikkan harga barangan yang dikaji itu.. 


Bukannya tahu nak buat kajian bagaimana untuk mengelakkan kenaikkan harga.. yang depa tau kaji untuk naikkan harga..

Kali ini harga gula pula nak dikaji dengan alasan kononnya ada permintaan dari pengeluar sebab kos gula mentah semakin meningkat.. jadi untung mereka berkurangan..

Laporan berkaitan..

Kerajaan sedang mengkaji permintaan pengeluar gula bagi menaikkan harga barang kawalan itu berikutan kos gula mentah yang semakin meningkat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perbincangan mengenai perkara itu dilakukan sejak sebulan lalu.

“Kerajaan akan meneliti trend harga pasaran gula dunia terlebih dahulu kerana ia boleh naik dan menurun, malah (kadang-kadang) stabil, (supaya) mudah kita hendak membuat kiraan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan hari ini.

Beliau berkata, perubahan trend itu tidak menentu dan banyak dipengaruhi pelbagai faktor, termasuk iklim serta bekalan gula tidak mencukupi yang boleh menyebabkan harga gula meningkat dan kadang kala akan kembali normal serta stabil.

“Oleh itu, tidak adil jika kita membenarkan mereka naikkan harga (terutama apabila perubahan mendadak seperti ini berlaku),” katanya.

Hamzah diminta mengulas kenyataan MSM Malaysia Holdings Bhd yang meminta kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20% kerana kos gula mentah dikatakan meningkat 40% sejak awal tahun ini serta memberi kesan terhadap margin syarikat.

Beliau berkata, harga pasaran gula dunia kini mencecah AS$0.26 sen (AS$1=RM4.40) bagi 1 paun (1 paun = 0.5kg) berbanding AS$0.16 sen pada 2013.

“Permintaan pengeluar ada asasnya, tetapi saya hendak pastikan ia memberi keselesaan dari segi kadar harga yang mereka sendiri mampu untuk berusaha mengeluarkan gula supaya bekalan cukup di pasaran,” katanya.

Pada masa sama, pihaknya juga tidak mahu pengguna terasa beban dengan harga gula yang mahal.

Bagaimanapun, beliau turut memberi jaminan pengguna tidak perlu bimbang, memandangkan tiada pengumuman mengenai sebarang kenaikan harga gula buat masa ini ~ FMT

Margin terjejas minta nak naikkan harga gula.. tapi kenapa semasa untung banyak tak pulak nak diturunkan harga?

Untung bersih MSM Malaysia Holdings Bhd tahun 2014 RM257.01 Juta.. untung bersih tahun 2015 pula meningkat sembilan peratus kepada RM280.76 Juta..

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, MSM Malaysia menyatakan peningkatan untung bersih bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 disumbangkan oleh kos gula mentah yang rendah dan peningkatan daripada komoditi gula dan kontrak tukaran asing berjumlah RM25.77 juta berbanding kerugian RM4.35 juta tahun sebelumnya.

Untungkan jadi kroni ni.. keuntungan nak terjejas saja minta naik harga..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails