Wednesday, November 16, 2016

ECRL: Kejatuhan Ringgit Sebab Nilai Projek Meningkat?.. Jangan Nak Perbodoh Rakyatlah..


Semalam Malaysiakini melaporkan.. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata peningkatan RM26 bilion bagi Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) daripada RM29 bilion kepada RM55 bilion adalah sebahagiannya disebabkan oleh kejatuhan ringgit.


Lapor Malaysiakini lagi.. Liow berkata perangkaan yang dipetik dalam kajian kebolehlaksanaan projek itu berdasarkan kadar pertukaran 2009-2010.

"Ketika itu dolar hanya pada RM3.2, sekarang RM4.2 dan meningkat kepada RM4.5," kata Liow ketika menerangkan peningkatan kos bahan-bahan pembinaan.

Kajian kajian kebolehlaksanaan projek ECRL itu dilakukan oleh HSS Integrated. Syarikat itu diberi tugas membuat kajian pada tahun 2009, dan ini diselesaikan pada Disember 2015.

Kata Menteri yang dilantik atas ehsan Najib tu.. kadar pertukaran yang dipakai ialah kadar pertukaran tahun 2009-2010.

Pada masa itu setiap 1 dollar bersamaan dengan RM3.2.. jadi nilai projek itu ialah RM29,000,000,000.00

Sekarang nilai projek dah meningkat jadi RM55,000,000,000.00 sebab nilai ringgit dah jatuh menjadi RM4.2 hingga RM4.5 bagi setiap satu Dollar..

Pada masa USD1 = RM3.2 nilai projek itu adalah bersamaan dengan USD9,062,500,000.00

Jadi bila nilai ringgit jatuh menjadi USD1 = RM4.2 nilai projek itu akan meningkat menjadi RM38,062,500,000.00

Awat tak dapatpun RM55 Billion?.. kalkulator aku rosak ka?.. atau aku kira salah.. cuba hangpa pakat kira sat..

Selain itu persoalan lain yang berbangkit ialah awat firma perunding tu bodoh sangat?.. Kenapa dia guna nilai ringgit pada tahun 2009 sedangkan kajian dia selesai pada tahun 2015?

Kenapa dia tak gunakan nilai ringgit pada tahun 2015?? Depa tak nampak ka nilai ringgit sedang menjunam di bawah pentadbiran Najib ni?

Laporan berkaitan..

PETALING JAYA: Tony Pua hari ini mempersoalkan menteri pengangkutan jika perunding HSS Integrated Sdn Bhd begitu bodoh menggunakan kadar pertukaran mata wang pada 2009 hingga 2010 untuk mengira kos Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), sedangkan kajian projek itu hanya dimuktamadkan tahun lalu. 
Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Datuk Seri Liow Tiong Lai di Dewan Rakyat semalam yang kos pembinaan ECRL meningkat daripada RM29 bilion kepada RM55 bilion disebabkan penurunan nilai ringgit. 
Katanya, pengiraan itu dibuat mengikut kadar pertukaran ringgit pada 2009 hingga 2010, iaitu RM3.20 kepada 1 dolar Amerika, berbanding kadar sekarang RM4.20 atau sudah naik kepada RM4.50.” 
Pua berkata, tindakan Liow itu menunjukkan beliau terdesak menjawab soalan semata-mata untuk mewajarkan kenaikan kos daripada RM29 bilion kepada RM55 bilion yang seterusnya menimbulkan lebih banyak soalan berbanding jawapan. 
“Adakah menteri pengangkutan memberitahu kita perunding-perunding HSS yang menyiapkan banyak projek infrastruktur mega di negara ini begitu bodoh menggunakan kadar pertukaran mata wang pada 2009-2010 untuk mengira kos projek itu, walaupun mereka hanya memuktamadkan laporan berkenaan pada Disember 2015 apabila kadar pertukaran sudah mencecah RM4 kepada dolar ketika itu?” 
Pua berkata, kajian kebolehlaksanaan HSS itu menelan belanja RM8.7 juta dan mengambil masa 6 tahun untuk disiapkan, mulai Disember 2009 hingga Disember 2015, sebelum memuktamadkan kos ECRL berjumlah RM29 bilion. 
“Disebabkan kajian lengkap HSS perlu mengambil 6 tahun untuk disiapkan dan hanya dimuktamadkan pada Disember 2015, bagaimana kerajaan tiba-tiba memutuskan hendak mengubah jajaran dalam masa 6 bulan atau lebih? Adakah perunding kejuruteraan baharu dilantik untuk menjalankan satu kajian baharu yang boleh disiapkan dalam tempoh itu?” 
Pengerusi DAP Selangor itu turut mempersoalkan kenapa kerajaan memilih laluan terowong sepanjang 50km merentasi Banjaran Titiwangsa, sedangkan HSS mencadangkan laluan 30km yang lebih pendek. Beliau berkata, jika benar Liow dan kerajaan telus serta bertanggungjawab, mereka perlu mengumumkan 2 kajian dijalankan HSS, termasuk kajian kebolehlaksanaan. 
Katanya, melalui cara itu, pengkritik daripada pembangkang terpaksa mendiamkan diri dengan segera. 
“Jika tidak, menteri pengangkutan yang juga presiden MCA itu tiada hak menuduh kami cuba ‘meraih kepentingan politik’, apabila apa yang kita jelas mahu ialah memastikan ia bukan satu lagi projek di mana berpuluh-puluh bilion ringgit digelapkan oleh mereka yang berkuasa. 
“Sebaliknya, ia menampakkan Liow yang bermain politik untuk menutup satu lagi skandal mega berbilion ringgit,” katanya lapor FMT

Cadangan aku kan.. letakkan bawah OSA sajalah hasil dari dua kajian tu..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails