Wednesday, November 9, 2016

Bila Anggota PolisTunjuk Kuasa Pada Individu Lebih Berkuasa..


Seorang anggota polis ditahan kerana didakwa menyalahgunakan kuasanya selepas cuba “lompat barisan” ketika beratur di mesin ATM di sebuah bank di Publika di sini, Sabtu lalu lapor akhbar The Sun.



Akhbar itu melaporkan dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu suspek yang berada di barisan belakang mendekati seorang orang awam yang sedang beratur di hadapan dan mendesak supaya dibenarkan menggunakan mesin ATM dulu.

Sumber memberitahu The Sun, suspek tidak mengetahui yang orang awam didekatinya itu ialah seorang pegawai polis berpangkat tinggi dari negeri lain.

“Suspek mendekati individu disangka orang awam itu dan memperkenalkan dirinya sebagai anggota polis dengan menunjukkan lencananya.

“Polis lebih berpangkat itu kemudian mengenalkan dirinya dan meminta suspek menunjukkan kad kuasa,” kata sumber dipetik daripada akhbar itu.

Suspek kemudian meninggikan suaranya dan mereka bertengkar sebelum suspek meninggalkan tempat itu.

Menurut akhbar itu, pegawai polis berkenaan menangkap suspek beberapa minit kemudian, di depan kedai makan berhampiran dan sekali lagi meminta kad kuasanya.

“Kali ini, suspek mencabar pegawai itu dengan mendakwa dia ada kenal ‘orang besar’ dan tidak berminat untuk bergaduh dengan pegawai berkenaan,” kata sumber itu, sambil menambah suspek lari lagi selepas konfrontasi itu.

Suspek kemudian ditahan sekali lagi oleh polis bantuan yang dimaklumkan pegawai kanan polis berkenaan.

Pemeriksaan mendapati konstabel berusia 31 tahun itu berkhidmat sebagai anggota polis sejak 2012 dan ditempatkan di balai polis Sungai Besi.

Suspek juga mempunyai 2 rekod lampau ketika masih berkhidmat dan 1 lagi sebelum menyertai pasukan – di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Difahamkan butiran kes itu diserahkan pada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard. Seorang pegawai polis kanan mengesahkan kejadian itu lapor FMT


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails