Tuesday, November 22, 2016

Biarpun UMNO Mohon Maaf, Adnan Yaakob Enggan Mohon Maaf..


Sifat keras hati menteri besar Pahang yang enggan memohon maaf kepada wartawan, selepas dihalau dari konvensyen Umno negeri, tidak selari dengan parti itu.


Ketua penerangan Umno berkata wartawan tidak melakukan kesilapan ketika menghadiri konvensyen itu Sabtu lalu, namun wujud salah faham apabila mereka diminta meninggalkan majlis. 

“Saya bagi pihak Umno Malaysia, memohon maaf kepada kawan-kawan yang bertugas pada hari itu yang terasa hati dengan insiden tersebut,” kata Tan Sri Annuar Musa.

“Umno pusat akan cuba menghubungi Umno Pahang untuk mencari jalan supaya perkara ini dapat diselesaikan,” katanya lagi seperti dilapor Umno Online petang ini.

“Wartawan tidak buat silap tetapi mungkin pada waktu itu berlaku sedikit salah faham sehingga ada kata-kata yang tidak enak didengar.”

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) pada Ahad menggesa Datuk Seri Adnan Yaakob memohon maaf selepas wartawan yang membuat liputan di situ diarah pulang.

Presiden NUJ Mohd Taufek Razak berkata permohonan maaf itu penting bagi menjernihkan kembali hubungan media dengan menteri besar dan Umno Pahang.

Bagaimanapun, Adnan yang juga pengerusi Umno Pahang semalam dilaporkan berkata NUJ bebas untuk memboikot sebarang majlis parti itu sehingga “hari kiamat” asalkan orang ramai tidak melakukan perkara sama terhadap Barisan Nasional lapor MMO


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails