Tuesday, November 22, 2016

Benarkah Ringgit Tidak Diterima Di Mekah Dan Madinah?


Dakwaan mengatakan mata wang ringgit tidak diterima pengurup wang di Mekah dan Madinah yang viral dalam media sosial adalah tidak benar, kata Lembaga Tabung Haji (TH).


Dalam satu kenyataan pada Selasa, hasil pemantauan TH sekitar kedua-dua kota suci itu mendapati mata wang Malaysia masih diterima kebanyakkan pengurup wang dan menegaskan dakwaan yang dibuat pihak tidak bertanggungjawab itu tidak benar sama sekali.

“Lembaga Tabung Haji (TH) ingin menafikan informasi yang disebar melalui media sosial berkenaan matawang Malaysia tidak diterima oleh pengurup wang di Mekah dan Madinah.

“Pemantauan melalui Pejabat TH di Jeddah mendapati matawang Malaysia diterima oleh kebanyakkan pengurup wang di kedua-dua kota suci tersebut,” kata Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat TH.

TH juga menafikan penggunaan Kad ATM/Debit yang mempunyai fungsi pengeluaran wang antarabangsa milik warga Malaysia tidak diterima adalah tidak benar.

“Sebaran maklumat mengenai penggunaan Kad ATM/Debit yang mempunyai fungsi pengeluaran wang antarabangsa, yang tidak diterima juga adalah tidak benar.

“Penggunaan kad ATM/Debit tersebut perlulah mengikut tatacara yang betul dan perlu diaktifkan fungsi pengeluaran antarabangsanya,” kata kenyataan itu lagi.

Menurut TH lagi, para jemaah Malaysia yang ingin ke tanah suci dan berhasrat untuk menggunakan perkhidmatan Kad ATM/Debit dinasihatkan berhubung terus dengan bank-bank berkaitan untuk maklumat penggunaan secara betul kad ATM/Debit tersebut di luar negara.


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails