Thursday, November 3, 2016

Akhirnya BN Akui Projek RM22 Juta Dah Jadi Projek Gajah Putih


Selepas diasak akhirnya Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik mengakui projek Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kuala Selangor merupakan projek gajah putih peninggalan Barisan Nasional (BN).



Projek yang menyebabkan pembaziran RM22 juta itu diklasfikasikan projek gajah putih apabila projek itu didapati tidak selamat dijadikan tempat pendaratan ikan oleh nelayan.

“Itu kerja pemimpin terdahulu, janganlah dibangkitkan lagi,” kata Kamarol Zaki ketika membahaskan Belanjawan 2017 Negeri Selangor di Dewan Negeri Selangor (DNS) selepas diasak oleh ADN Sekinchan, Ng Suee Lim.

Terdahulu beliau menyatakan kebimbangan terhadap satu skim yang dilancarkan pada 2017 daripada menjadi projek gajah putih.

Kenyataan Kamarol Zaki itu menarik minat Suee Lim untuk mencelah dan bertanya adakah projek gajah putih yang dimaksudkan sama seperti yang dialami projek jeti pendaratan ikan LKIM Kuala Selangor.

Kata Suee Lim, projek bernilai RM22 juta itu tidak berbaloi apabila hanya sebahagian kecilnya sahaja boleh dimanfaatkan dengan dijadikan ‘Restoren Steamboat’.

Ia berbanding objektif sebenar tempat pendaratan bot nelayan kelas visel B dan A untuk menaikkan hasil tangkapan masing-masing.

Beliau yang pada mulanya cuba mengelak daripada menyentuh isu jeti yang pernah didedahkan SelangorKini pada 2012 lalu, akhirnya mengakui projek itu merupakan kesilapan dilakukan pemimpin BN terdahulu.

Pada 2012, SelangorKini mendedahkan projek itu gagal memperolehi kelulusan plan daripada Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKL) selepas MDKL mendapati projek itu tidak mendapat kelulusan pelbagai agensi terlibat ekoran tidak menepati piawaian yang ditetapkan.

Antara agensi yang perlu menilai sebelum kelulusan boleh diberi adalah Jabatan Alam sekitar (JAS), Jabatan Penilaian, Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Pembangunan, Indah Water, TNB, Jabatan Mineral dan Geosains, Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Perancangan Pembangunan, Jabatan Maritim dan lain-lain apabila kesemuanya lebih kurang 19 pihak perlu meneliti projek terbabit.

Walaupun gagal mendapatkan kelulusan agensi terlibat tetapi BN mengambil keputusan meneruskannya hinggalah projek itu akhirnya gagal memperolehi sijil menduduki (CF) kerana diklasfikasikan sebagai tidak selamat ~ themalaysianmirror


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails