Thursday, October 20, 2016

Rolls Royce Dan Lamborghini 'Datuk Seri' Mana Polis Dah Rampas Ni?


Polis merampas sebuah kereta Rolls Royce dan sebuah kereta Lamborghini Aventador bernilai RM3.4 juta milik seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri di sebuah pangsapuri di Jalan Raja Chulan di sini, dalam serbuan pada Isnin dan semalam.


Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata kereta Rolls Royce berwarna emas itu dirampas kerana dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu dan tidak berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Kereta Lamborghini Aventador berwarna kuning pula mempunyai kesalahan kastam, katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata rampasan kereta Rolls Royce itu dibuat sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 1 tengah hari Isnin lepas.

“Kenderaan itu diparkir di kawasan parkir pangsapuri berkenaan. Seorang lelaki berusia 39 tahun yang merupakan pemandu kereta itu turut ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Susulan siasatan polis, beliau berkata polis merampas kereta Lamborghini Aventador itu di lokasi sama petang semalam.

Amar Singh berkata Datuk Seri berusia 50 tahun itu, yang berasal dari Kelantan dan menjalankan perniagaan di negeri itu, kini berada di luar negara.

Semakan akan dibuat dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan JPJ bagi mendapatkan pengesahan berkaitan status kedua-dua kereta itu ~ MMO


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails