Tuesday, October 18, 2016

Kenapa Hj Hadi Balik Awal?.. Ini Jawapannya..


Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Marang, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menjelaskan ‎Datuk Seri Abdul Hadi Awang keluar awal daripada Sidang Dewan Rakyat hari ini, kerana ada urusan lain.


"Tuan Guru (Abdul Hadi) keluar awal kerana ada urusan," katanya ringkas kepada Sinar Online hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan isu kepulangan awal Hadi daripada Sidang Dewan Rakyat hari ini, selepas Usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 yang menjadi tumpuan banyak pihak sebelum ini untuk dibentangkan oleh Hadi tidak berjaya dibentangkan semalam.

Sementara itu hari ini, menyaksikan usul tersebut jatuh ke senarai ketujuh aturan mesyuarat selepas tersenarai pada kedudukan keempat pada hari pertama Parlimen bersidang semalam.

Sementara itu, Hadi hadir hari ini kira-kira sejam dan sempat berhujah mengenai isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebelum bergegas keluar daripada Sidang Dewan Rakyat.

Sejurus keluar daripada Dewan Rakyat, Abdul Hadi diserbu oleh wartawan, namun sedikit hampa apabila beliau hanya berdiam diri dan tersenyum.‎

Tidak lama kemudian, Abdul Hadi mengangkat tangan beliau, sebelum berlepas pergi menaiki kereta untuk meninggalkan bangunan Parlimen. ‎

Sementara itu, Ahmad Samsuri ketika ditanya lanjut mengenai RUU 355, beliau menyampaikan keyakinan bahawa usul itu akan dibentangkan nanti. ‎

" Tentang pembentangan RUU 355, kami (Pas) optimis masa dan ketika akan tiba, insya-ALLAH," katanya.

Persidangan Parlimen kali ini akan berakhir pada 24 November ini lapor Sinar


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails