Saturday, October 22, 2016

Keluar Dewan 'Tidak Profesional' Katanya.. Bagaimana Pula Dengan Pulang Awal Dan Tidak Hadir?.. Profesional Ke Tu Nik Abduh?


Sebelum itu.. ada tak sesiapa pernah dengar Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh ni membahaskan sebarang ususl yang telah dibentangkan dalam Dewan Rakyat tu?


Aku tanya.. pasal ada yang bertanya kat aku soalan tu.. kalau ada tulis sat kat ruangan komen tu..

Ok.. Free Malaysia Today telah melaporkan berkatalah Nik Abduh.. “tidak profesional” wakil rakyat Pakatan Harapan meninggalkan Dewan Rakyat, ketika perdana menteri membentangkan Bajet 2017.

“Pembentangan bajet adalah hari besar untuk negara dan rakyat. Ia adalah hari dan masa khas untuk perdana menteri berucap membentangkan bajet,” katanya dalam satu kenyataan.

“Masa untuk ahli Parlimen membahas dan menghujah bajet adalah selepas ini. Saya harap ia digunakan sebaik-baiknya oleh semua ahli parlimen tanpa membazirkan masa dengan perlakuan tidak profesional yang hujungnya mematikan masa dan peluang ahli-ahli parlimen yang di giliran akhir mengambil bahagian perbahasan dengan sempurna.” ~ FMT

Tak Proffesional kata dia.. sedap saja dia belasah MP-MP Pakatan Harapan tu..

Kalau keluar Dewan Nik Abduh kata tidak profesional.. bagaimana pula dengan tindakan meninggalkan dewan lebih awal seperti yang dilakukan oleh Presiden PAS?.. lihatlah di SINI

Alasannya kerana ada urusan lain.. tapi hakikatnya rakyat Marang memilihnya untuk berada di Dewan Rakyat dan beliau dibayar gaji sebagai Ahli Parlimen Marang.

Sepatutnya urusan di Parlimen lebih diutamakan kerana itu adalah amanah rakyat Marang terhadapnya dan beliau juga dibayar gaji sebagai Ahli Parlimen Marang..

Adakah itu profesional wahai Nik Abduh?

Berkatalah lagi Nik Abduh tanpa melihat kiri dan kanan.. “Pembentangan bajet adalah hari besar untuk negara dan rakyat. Ia adalah hari dan masa khas untuk perdana menteri berucap membentangkan bajet,”

Hari yang besar untuk negara dan rakyat.. tapi kenapa Presiden PAS sendiri tidak hadir pada hari yang besar untuk negara dan rakyat itu?

Ketiadaan Hadi ketika Perdana Menteri membentangkan Bajet 2017 dilihat banyak pihak sebagai sudah menjadi kelaziman memandangkan beliau memang dikenali kerap ponteng dalam sidang Parlimen.

Namun, terdapat penyokong Pas yang cuba menjelaskan punca ketidakhadiran Presiden mereka itu di Parlimen.

Pengguna Facebook, Aziz Al Qassam memberitahu Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia itu mempunyai Kuliah Jumaat diikuti majlis tahnik.

"Lepas itu (Kuliah Jumaat), memenuhi hasrat masyarakat Marang untuk tahnik anak mereka.

"Cakap-cakap buat dosa dok menimbulkan kebencian kepada tok guru yang banyak jasa kepada ummah," bidasnya lagi.

Dakwaan Aziz berkenaan adalah respon kepada status Facebook milik Naib Ketua Pemuda Amanah Wilayah Persekutuan, Nik Abdul Razak.

"Semua Ahli Parlimen Pas kekal dalam dewan hingga berakhir pembentangan bajet kecuali Marang," katanya bernada sindiran.

Hari yang besar kata Nik Abduh.. tapi dihari yang besar itu.. Presiden PAS sendiri yang tak hadir dia tak sedar yang dia nampak MP Pakatan Harapan keluar Dewan ketika Najib berucap..

Betullah teori pelbagai kecerdasan dikemukakan oleh Howard Gardner pada tahun 1983.. katanya kecerdasan bukanlah diwarisi.

Jika kedua-dua ibubapa dikategorikan sebagai cerdik mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak-anak mereka juga cerdik, begitulah juga sebaliknya.


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails