Wednesday, October 19, 2016

Jamal Ditangkap Di KLIA Sebaik Mendarat Dari Dubai..


Polis menangkap pemimpin gerakan baju merah Datuk Seri Jamal Md Yunos sebaik sahaja beliau kembali ke negara ini.


Setiausahanya, Durrany Izam, mengesahkan Jamal ditangkap pada kira-kira jam 8:30 pagi sebaik sahaja dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut Duranny, Jamal dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Satu sidang akhbar dijadual diadakan di luar balai polis pada jam 10 pagi dan Jamal akan bercakap kepada media jika dia keluar pada masa itu.

"Jika tidak, saya akan mengadakan sidang akhbar itu," kata Durrany.

Polis sebelum ini menunggu kepulangan Jamal dari Dubai untuk merakamkan kenyataannya mengenai pertembungan antara baju merah dan konvoi BERSIH 5 di Sabak Bernam dua minggu lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengumumkan polis akan menyiasat ketua Umno Sungai Besar itu berhubung posting dakwaan amaran tentang ‘rusuhan 13 Mei’ jika perhimpunan BERSIH 5 diteruskan.

Jamal, bagaimanapun, menafikan bahawa beliau di belakang posting itu, dengan mendakwa ia dibuat menggunakan akaun palsu lapor Malaysiakini


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails