Tuesday, October 18, 2016

Hah!!! Benarkah Haji Hadi Sokong GST?.. Biaq Betoi TV3 Ni..


Tiba-tiba malam ni riuh rendah pulak dalam Fb dengan gambar-gambar Haji Hadi yang kononnya menyokong GST menurut laporan TV3..


Aku tak tahu betul atau tidak sebab aku ni dah lama tak tengok berita kat TV3.. sebab TV3 ni media tunggangan UMNO..

Jadi faham-fahamlah kalau ianya menyiarkan laporan atau berita mengenai Pembangkang.. apa yang dia boleh spin.. di spin nya habis-habisan..

Malangnya.. walaupun apa yang disiarkannya itu auta.. ramai jugak penyokong pembangkang yang percaya.. kah.. kah.. kah.. dulu sibuk dengan kempen boikot TV3.. sekarang apa cerita weiii?

Betulke Haji Hadi kata dia sokong GST?.. dulukan Haji Hadi pernah berkata.. GST yang diluluskan Parlimen bercanggah dengan Islam..

Ini videonya..


Dulu pun Dewan Ulamak PAS telah menegaskan perlaksanaan GST ini adalah haram.. kalau dah lupa tengoklah kat ( SINI )

Tiba-tiba hari ini dalam Buletin Utama TV3 dikatakan Haji Hadi sokong GST pulak..

Gambar yang memaparkan tulisan "GST terbukti berkesan — Presiden PAS," itu membayangkan kononnya TG Hadi menyokong cukai GST..

Ramai yang mempertikai dan mengkritik TG Hadi kerana terbelit dengan paparan dari TV3 itu.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin yang ada di dewan Rakyat ketika TG Hadi berucap tampil mendedahkan putar belit tersebut melalui akaun facebooknya.

Menurut Hanipa, TV3 telah memutar belitkan ucapan YB Marang (Hadi Awang) kononnya beliau menyokong GST.



Hanipa turut mendakwa secara keseluruhan ucapan Hadi tidaklah menyokong GST meskipun dalam mukadimah ucapannya ada mengatakan bahawa tidak dapat dinafikan GST adalah mekanisme yang berkesan untuk mengutip cukai dan selesaikan masaalah orang tak bayar cukai.

Hmmm... yang hangpa pi percaya bulat-bulat berita TV3 tu buat apa??

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails