Tuesday, October 25, 2016

Hadiah Selepas Bajet: Esok Harga Minyak Masak Naik?


Sebab rasionalisasi harga (ayat perbodoh rakyat) perlu dilakukan ialah berlaku ketirisan minyak masak bersubsidi apabila bahan itu didapati dijual secara terbuka di pasaran negara jiran, Thailand.


Selain itu penawaran dua kali ganda lebih tinggi juga dipercayai antara faktor berlaku kegiatan penyeludupan bekalan minyak masak bersubsidi ke wilayah Kalimantan, Indonesia.

Itu antara faktor yang menyebabkan harga minyak masak perlu dinaikkan dan jelas perkara utama yang menyumbang kekurangan dalam domestik ialah penyeludupan.

Dah tahu penyeludupan menyumbang kepada kekurangan domestik.. tetapi kenapa Kerajaan tidak berusaha untuk menangani penyeludupan itu?

Kenapa perlu Kerajaan memilih untuk menaikkan harga minyak masak tersebut yang akan menyusahkan lagi kehidupan rakyat?

Faktor lain ialah kejatuhan nilai Ringgit.. tapi Menteri mesti malu nak cakap faktor ni..

Tapi... kalau dinaikkan harga minyak masak esok.. hari-hari yang berikutnya nilai Ringgit jatuh lagi dan lagi.. adakah minyak masak tidak akan diseludup lagi?

Baharu sahaja pembentangan Bajet 2017 kononnya mementingkan kesejahteraan rakyat, Kerajaan esok akan mengumumkan kenaikkan harga minyak masak esok dengan memberi alasan untuk menangani ketirisan dalam pemberian subsidi minyak masak sehingga berlaku lambakan bekalan bahan itu di negara jiran. 
Perkara itu akan diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) esok di pejabatnya. 
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata kementerian mengesan banyak kes ketirisan berlaku sebaik mengambil alih pengurusan minyak masak dalam negara sehingga memaksa pihaknya melaksanakan rasionalisasi harga bahan itu. 
Beliau berkata, kuota bekalan minyak masak sebanyak 85,000 tan sebulan tetapi masih berlaku kekurangan bekalan di pasaran dan ini mungkin disebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan menyeludup bahan itu ke negara jiran. 
“Bila mendengar kita hendak buat rasionalisasi harga, mungkin menyebabkan harga naik tetapi pengumuman hanya akan berlaku esok. 
“Kenapa kita hendak sangat mendengar berita palsu, berita yang benar hanya daripada menteri esok pagi,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis penghargaan atlet paralimpik Rio 2016 ‘Amazing Heroes’ di Menara Kembar Bank Rakyat pada Selasa. 
Media melaporkan peruncit dan pengguna di beberapa negeri mendakwa sukar mendapat bekalan minyak masak sejak beberapa hari lalu. 
Turut dilaporkan berlaku ketirisan minyak masak bersubsidi apabila bahan itu didapati dijual secara terbuka di pasaran negara jiran, Thailand. 
Penawaran dua kali ganda lebih tinggi juga dipercayai antara faktor berlaku kegiatan penyeludupan bekalan minyak masak bersubsidi ke wilayah Kalimantan, Indonesia ... laporan penuh silalah baca di SINI 

Menyusahkan orang tak habis-habis depa ni!!!

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails