Wednesday, October 26, 2016

Guan Eng CM Paling Kejam - Kumpulan Baju Hitam UMNO


Sekumpulan anak muda berbaju hitam yang diketuai oleh Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim berhimpun pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) sebagai bantahan terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng.


Kumpulan itu mahu Lim meletak jawatan atau mengambil cuti susulan dua tuduhan rasuah yang dikaitkan dengan pembelian banglonya di Jalan Pinhorn, yang didakwa di bawah nilai pasaran.

Lim mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu dan kes berkenaan akan disebut semula buat kali kedua pada 6 Disember di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Kumpulan yang memakai baju tertera perkataan 'Pemuda Bangkit' itu mula memenuhi kawasan sekitar bangunan yang menempatkan pejabat kerajaan negeri itu kira-kira jam 2 petang selepas berarak dari beberapa lokasi.

Hadir sama adalah Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun.

"Kita akan teruskan himpunan ini dan jika keadaan mendesak, kita tidak tolak kemungkinan mengadakannya di hadapan kediaman Lim," katanya.

Kumpulan itu juga mengikrarkan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang kini terpalit dengan kontroversi penyelewengan dana 1MDB.

"KM didakwa dengan dua tuduhan rasuah. Tiada siapa yang boleh menerima orang yang disabitkan dengan kesalahan jenayah untuk memimpin Pulau Pinang.

"Mengapa BERSIH mendesak Najib untuk meletak jawatan sedangkan dia dipilih secara demokrasi," kata Khairul.

Rafizal pula berkata pihaknya akan meneruskan himpunan berkenaan selagi Lim enggan bercuti atau melepaskan jawatan.

Beliau juga menggesa BERSIH, yang merancang mengadakan perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur pada 19 November ini untuk melupakan hasrat mereka.

"Di mana ada baju kuning, akan ada baju merah," katanya.

Ditanya mengapa kumpulan hari ini memakai t-shirt hitam dan bukannya merah,

Rafizal menjawab "kumpulan ini mewakili semua kecuali baju kuning".

Rafizal mendakwa jumlah yang hadir adalah sekitar 3,500 tetapi wartawan yang hadir meletakan jumlah itu kepada kira-kira seribu orang.

Bantahan itu berakhir dengan aman selepas 30 minit, dengan polis memantau tempat kejadian, untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini lapor Malaysiakini


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails