Monday, October 24, 2016

Busuk Ikan Bermula Dari Kepala.. Ku Li Sindir Siapa Ni?


Ahli Umno perlu mendisiplinkan pemimpin yang dilihat sudah menyimpang daripada perjuangan parti itu, kata Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.


Veteran Umno itu turut memetik kata-kata pepatah “busuk ikan bermula dari kepala” dalam merujuk kepada gesaannya itu.

“Ahli perlu mengawal dan kalau perlu, bertegas dengan pemimpinnya. Masa depan Umno bergantung kepada ahlinya.

“Ia selalunya menandakan bermulanya nepotisme dan kronisme. Jika tidak ditangani, ia akan menjadi budaya dalam parti politik.

“Masa sudah tiba bagi ahli bersama-sama bertegas dan memberitahu pemimpin parti bekerja keras dan menggerakkan negara mengikut visi pengasas negara ini,” katanya ketika berucap merasmikan pelancaran buku “The End of Umno” di Royal Lake Club hari ini.

Beliau berkata ia bukanlah sesuatu yang baru, memandangkan ahli Umno yang mendesak pemimpin terdahulu menentang Malayan Union.

Ku Li sebelum ini pernah dikaitkan dengan usaha menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri melalui undi tidak percaya di Parlimen.

Katanya, walaupun perlu diakui Umno banyak menyumbang kepada negara, parti itu kini dilihat tidak lagi berkhidmat kepada rakyat tetapi hanya menjaga kepentingan pemimpinnya.

Beliau berkata Umno sudah hilang peranannya selaku entiti yang menyatukan rakyat pelbagai kaum di Malaysia, dan menjadi punca krisis dihadapi negara hari ini.

“Umno perlu mengambil pelajaran daripada apa yang berlaku kepada Parti Liberal Demokratik Jepun (LDP) dan Parti Kongres India. Untuk mengelak nasib sama, Umno perlu kekal relevan,” katanya.

LDP tewas dalam pilihan raya 2009 selepas berdekad mentadbir Jepun, manakala Parti Kongres yang ditubuhkan pada 1885 semakin hilang pengaruhnya terutama selepas kemenangan Narendra Modi dan partinya pada pilihan raya 2014 lapor FMT


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails