Thursday, October 6, 2016

Biasanya Yang Duduk Dalam Jamban Ini Syaitan Kata Afiff Kepada Jamal


Pemuda PKR hari ini mempersoalkan kualiti penyokong tegar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seperti pemimpin baju merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos.




Biasanya yang duduk dalam jamban ini syaitan, yang buat sidang media dalam jamban ini lebih kurang,” kata Timbalan Ketua Pemuda PKR Afif Bahardin.

Beliau merujuk kepada sidang akhbar Jamal semalam, yang diadakan di dalam sebuah tandas di bangunan Umno Selangor di Shah Alam yang menyaksikannya mencampakkan surat tuntutan permohonan maaf BERSIH ke dalam lubang tandas.

Bersih menuntut permohonan maaf itu apabila Jamal yang juga adalah ketua Umno bahagian Sungai Besar mendakwa kumpulan itu diresapi militan IS.

Bercakap pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini, Afif berkata tindakan Jamal bertentangan dengan budaya Melayu.

“Saya melihat ini satu tindakan yang biadab dan tak mencerminkan budaya Melayu.

“Tindakan orang pembela rasuah. Imej perdana menteri ingin dipertahankan oleh orang macam Jamal.

“Itu tahap perdana menteri kita,” katanya.

Sehubungan itu, Afif menggesa polis mengambil tindakan terhadap Jamal dan kumpulan baju merah kerana mereka adalah ancaman kepada ketenteraman awam lapor MalaysiaKini



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails