Wednesday, October 12, 2016

Benar Rupanya PLUS Kenakan Penalti Jika Lepak Lama di RnR..


Sebelum ini.. EdisiRakyat telah melaporkan.. SEORANG pengguna Lebuhraya PLUS yang menggunakan perkhidmatan itu di sekitar Gurun menuju ke Pendang mendakwa dikenakan denda ketika keluar dari tol dengan alasan beliau berada lebih 1 jam setengah di kawasan Rehat dan Rawat (RNR).


Damar Wulan melalui akaun facebook miliknya mendakwa terpaksa membayar RM3.00 kadar bayaran tol, beserta tambahan RM9.40 sebagai denda kerana tinggal melebihi 1 jam setengah di RNR Gurun, Kedah.

Beliau turut mengirimkan resit denda bayaran tunai yang dikenakan terhadapnya dalam tulisannya di facebook.

Menurutnya lagi, pihak PLUS memberikan alasan jika seorang pengguna tinggal lama di kawasan RNR, mereka mengesyaki penipuan dilakukan oleh pengguna lebuhraya.

Damar mendakwa telah menghubungi talian Hotline PLUS 1800880000 namun tiada jawapan pasti diberikan.

Beliau turut mempersoalkan mengapa tidak diletakkan papan tanda amaran tidak dibenarkan berehat melebihi 1.5 jam di kawasan RNR sebagai amaran awal kepada pengguna lebuhraya... laporan penuh silalah baca di SINI

Rentetan dari itu pihak PLUS telah tampil memberikan penjelasan menurut laporan dari Berita Harian.


KUALA LUMPUR: Penalti Perjalanan Melebihi Tempoh Yang Ditetapkan (LJT) hanya dikenakan kepada pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) yang gagal memberi alasan munasabah apabila didapati melebihi tempoh perjalanan ditetapkan.

PLUS dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya mempunyai rekod semua kejadian kesesakan, kerja penyelenggaraan lebuhraya, kemalangan dan kerosakan kenderaan yang boleh menyebabkan pengguna melebihi tempoh perjalanan mereka di lebuhraya.

Katanya, rekod berkenaan dirujuk dan disemak petugas tol PLUS sebelum penalti LJT boleh dipertimbangkan dan dikenakan.

"Sebagai contoh, perjalanan mengikut satu kadar kelajuan yang dikenalpasti antara Plaza Tol Gurun dan Pendang hanya akan menelan masa selama 30 minit.

"Jumlah itu akan ditambah sebanyak dua jam 18 minit dengan mengambil kira kemungkinan pengguna berkenaan berhenti di Hentian Rehat & Rawat (R&R) Gurun.

"Sekiranya pengguna berkenaan keluar dari Plaza Tol Pendang melebihi tempoh yang dikira dari waktu memasuki plaza tol Gurun tanpa alasan serta bukti yang munasabah, maka penalti LJT boleh dikenakan.

"Malah, PLUS akan membayar balik jumlah penalti berkenaan seandainya pengguna dapat mengemukakan bukti," katanya.

PLUS mengulas kenyataan yang dimuatnaik seorang pengguna Facebook, Damar Wulan yang menjadi viral selepas mendakwa dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM6.40 ketika menggunakan lebuhraya PLUS antara Gurun dan Pendang.

Difahamkan, Damar berehat di R&R Gurun selama sejam 30 minit.

Selain itu, PLUS berkata, langkah berkenaan terpaksa diambil bagi mengatasi kegiatan manipulasi kad transit tol di beberapa laluan yang dikenalpasti di lebuh raya kendalian PLUS.

Katanya, antara taktik digunakan pengguna tidak bertanggungjawab termasuk menukar, menyimpan dan manipulasi kad transit tol.

"Bagi memastikan perkara itu tidak berlaku, penalti LJT terpaksa dikenakan kepada transaksi tol di mana waktu masuk dan keluar dari lebuhraya adalah meragukan berdasarkan pada satu formula atau pengiraan ditetapkan.

"Pengiraan tempoh perjalanan bagi perjalanan berkenaan adalah berdasarkan satu had kelajuan yang sudah dikenalpasti," katanya ~ Berita Harian

Ohh.. nak elak dari transit kad dimanipulasi kononnya...

Cadangan akulah.. kalau PLUS nak maksimakan lagi keuntungan.. lepas ni kenakanlah bayaran untuk penggunaan tandas tu pula.. Surau tu pun kutip duit dari setiap individu yang nak gunakannya..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails