Sunday, October 30, 2016

Akhirnya Azalina Kata Tak Cukup Masa Untuk RUU Hadi..


Mudah saja UMNO permainkan Hadi dan PAS.. dari nombor empat ditolak ke nombor tujuh.. akhirnya ditolak terus...



Kah.. Kah.. Kah..

Kan Almarhum Tok Guru Nik Aziz dah pesan.."UMNO sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh Pas.

Tapi bila Tok Guru dah tak ada.. pesan Almarhum pun dilupakan, UMNO yang sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan PAS dipercayai pulak untuk menyokong RUU memperluaskan bidang kuasa jenayah mahkamah syariah..

Najib pun bukannya bodoh sangatlah..

Matlamat dia nak pecahkan Pakatan Rakyat dengan menggunakan isu Hudud dah tercapai.. kenapa dia nak jaga hati PAS pulak?

Laporan berkaitan..

Dewan Rakyat mungkin tiada masa untuk tangani rang undang-undang (RUU) persendrian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata menteri bagi hal ehwal Parlimen.

Datuk seri Azalina Othman Said dalam satu wawancara berkata Dewan hanya mempunyai baki 2 hari lagi selepas perbahasan Bajet 2017 selesai, tetapi urusan kerajaan perlu didahulukan.

“Mengikut kalendar, ada 2-3 usul menanti untuk diluluskan selepas perbahasan Bajet selesai,” katanya lapor Sin Chew Daily.

Turut berada dalam agenda adalah usul menggantung Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng selama 6 bulan.

“Kami hanya ada 2 hari untuk selesaikan semua urusan, saya tak tahu sama ada kita ada masa kecuali kita semua bermalam di Parlimen,” katanya.

Sidang Dewan Rakyat dijadualkan berlangsung sehingga 24 November. Sebanyak 6 hari diperuntukkan untuk rang undang-undang dan urusan kerajaan lain, manakala 23 November hingga 24 November diperuntukkan untuk urusan lain.

Hadi mengemukakan usul mendapatkan persetujuan ahli Dewan untuk membentangkan rang undang-undang memperluaskan bidang kuasa jenayah mahkamah syariah.

Usulnya perlu dibahas dan diundi ahli Dewan. Sekiranya usul diluluskan, RUU dianggap sudah dibentangkan tetapi menteri berkaitan perlu kemukakan ia untuk dibahaskan.

RUU itu mahu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi membolehkan mahkamah syariah negeri melaksanakan sebarang hukuman yang diperuntukkan dibawah undang-undang Islam kecuali hukuman mati lapor FMT

Ada yang bangga kononnya merekalah yang paling berpengalaman dalam menentang UMNO.. tapi bagi akulah.. pengalaman kalah memanjang itu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails