Friday, October 28, 2016

Adakah Husni Juga Bakal Dipecat UMNO Kerana 1MDB?


Cakap-cakap dalam UMNO kini ramai yang mula membuat perhitungan nasib yang bakal dihadapi Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah susulan pendedahan terbaharu berhubung syarikat bermasalah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Dewan Rakyat baru-baru ini.


Tindakan Husni tersebut nyata mengundang rasa kurang senang bos nombor satu UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang baharu dapat bernafas lega selepas dilihat kembali mendapat sokongan dan keyakinan pucuk pimpinan UMNO amnya.

Walaupun Najib dilihat tidak goyah dan utuh dengan sokongan dimiliki, pendedahan Husni itu sedikit sebanyak kembali menghangatkan kembali isu melibatkan 1MDB walaupun selepas tiada sebarang tindakan diambil daripada pihak berkuasa.

“Mungkin Husni bakal mengikut nasib sama dengan apa yang berlaku kepada Muhyiddin dan Shafie Apdal,” kata seorang sumber pemimpin dalam UMNO yang dirahsiakan nama.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal disingkir daripada UMNO kerana kelantangan mereka berdua mempertikaikan isu berhubung 1MDB.

Husni tidak dilantik dalam rombakan Kabinet Jun lalu, ia menyebabkan beliau melepaskan semua jawatan dalam parti yang dipegangnya tapi masih menjadi ahli biasa UMNO dan menjadi ahli Parlimen BN Tambun.

Lebih membimbangkan Najib menurut seorang sumber, Husni dikatakan mengetahui setiap perjalanan dalam 1MDB dan rahsia yang dipegangnya boleh menyebabkan kedudukan Najib selaku Perdana Menteri kembali goyah.

Dalam pada itu, sumber juga mendedahkan pihak propaganda sebelah kerajaan khususnya yang berada bawah Pejabat Perdana Menteri sudah diarahkan untuk mencari isu membabitkan Husni bertujuan memburukkan kredibilitinya.

Mengambil kira aspek tersebut, sumber berkata tidak mustahil akan ada isu dan skandal membabitkan Husni akan didedahkan oleh pihak media-media upahan yang bergantung sumber kewangan dengan mereka.

Husni pada Selasa mempersoalkan mengenai pelaburan 1MDB dengan syarikat Aabar PJS Limited berjumlah lebih kurang US$4 bilion dan mengapa sehingga hari ini tiada tindakan diambil oleh 1MDB walaupun mengetahui wang yang dimasukkan ke akaun yang salah.

“Soalan pertama, mengapa kita tubuhkan 1MDB, dalam konteks itu mengapa kita letak lebih kurang us$4bilion (RM16b) dalam Aabar PJS Limited yang bukan dimiliki oleh IPIC (International Petroleum Investment Company IPIC), sebuah syarikat dimiliki oleh dua anak raja, yang didaftar di British Virgin Island.

“Mengapa tindakan undang-undang tidak diambil ke atas pengurusan 1MDB kerana masukkan duit ditempat yang tidak betul, dan mengapa tidak ambil tindakan kepada dua anak raja ini kerana penyelewengan wang tersebut?” soal Husni.

Husni juga membidas unit pelaburan 1MDB bernilai lebih kurang US$1 bilion yang dibuat oleh 1MDB apabila tidak diketahui kisahnya walhal ia sepatutnya matang pada tahun lalu.

“Kemudiaan, apa jadi kepada unit pelaburan bernilai lebih kurang US$1 bilion, yg sepatutnya matang pada tahun lalu, tetapi kita tidak tahu kisahnya,” katanya.

Beliau juga kemudiaan membangkitkan kebimbangan berhubung saman IPIC terhadap 1MDB yang mencetuskan kontroversi sebelum ini.

“Kemudiaan apa jadi dengan binding term sheet dengan IPIC, mengapa 1mdb tidak memenuhi perjanjian tersebut sehinggakan IPIC buat saman melalui arbitration sebanyak US$6.5 bilion bersamaan RM26 bilion?

“Kalau kita kalah maknanya bayangkan, kalau pun kita tak kalah semua 6.5 (bilion), katalah 4 bilion pun, dalam konteks duit Malaysia RM4 bilion,” katanya lagi.

Husni kemudiaan meneruskan serangan terhadap 1MDB dengan mempersoalkan tindakan kerajaan menjual tanah di Bandar Malaysia.

“Apa jadi dengan penjualan dengan Bandar Malaysia? Kita jual 60% kepada syarikat dari negara China yang mempunyai minoriti share holding daripada dua syarikat Malaysia.

“Saya kerja bank dahulu, bila kita jual ekuiti, tambah pula 60%, barangnya perlu diambil sekarang, mengapa kita biarkan bayaran itu dibayar pada tahun 2022, ia meletakkan risiko kepada 1MDB, dalam konteks risiko kewangan, risko perniagaan dan risiko pembayaran. Mana kita tahu pembayaran 2022 itu akan dibuat,” katanya.

Tidak dapat menyembunyikan rasa bimbangnya lagi, Husni juga berkata tidak dapat membayangkan situasi yang akan dihadapi negara dengan banyak negara sudah memulakan prosiding mahkamah terhadap 1MDB.

“Perkara kedua ingin saya bertanya, Switzerland Monetary Authority (SMA) akan mengambil legal prosiding, begitu juga dengan Britain, di Singapore dua bank sudah tutup, apa akan jadi kepada negara kita,” katanya.

Beliau kemudiaan membidas langkah Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) memberikan pinjaman sebanyak RM4 bilion kepada anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

“Kemudiaan saya bangkitkan soal SRC, mengapa Kumpulan Wang Amanah Pencen berikan pinjaman sebanyak RM4 bilion dan draw down sekaligus.

“Biasanya kita bagi pinjaman, draw down, kita bagi ikut progress payment, ini sekaligus dan tujuannya SRC ini ditubuhkan adalah untuk terlibat dalam bidang perlombongan, tapi akhirnya perbelanjaan hanya lebih kurang RM400 juta dalam perlombongan, jadi yang US$1.6 bilion itu dalam bentuk pelaburan.

“Isunya mengapa KWAP, tidak mengambil tindakan kerana wang itu tidak digunakan spesifik untuk perlombongan dan itu sebahagiannya dalam BSI di Switzerland telah dibekukan oleh pihak berkuasa monetary, Jadi apakah tindakan KWAP untuk berbincang dengan SMA?” lapor The Malaysian Mirror


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails