Thursday, September 8, 2016

Tugu Helang Bukan Guna Untuk Solat, Kata Menteri UMNO?


Dalam hal ni aku sokong kenyataan Mufti Perak sepenuhnya walaupun aku suka mempertikaikan kebanyakkan kenyataan dia yang berbaur politik.. walaupun dia enggan komen pasal tugu di Langkawi tu..

Play save lah tu... dalam berani ada juga takutnya.. tapi tak apa, apa yang dia nyatakan itu jelas.

Orang kata tugu helang kat Langkawi tu ialah ikon pelancongan.. betul ke ikon?.. kalau setakat nak pi tengok patung helang tu.. aku rasa pelancong dari luar negara tak akan buang duit, buang masa nak pi tengokpun..

Baik mereka ke Mesir atau lain-lain negara di Asia Barat tu.. lagi banyak patung-patung yang bernilai sejarah yang ada..

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, ketika dihubungi Astro AWANI menjelaskan, membina replika atau tugu menyerupai benda hidup sememangnya dilarang.  
"Apa sahaja benda hidup, kecuali pokok, tidak boleh dibina sebagai replika atau tugu jika ia dibuat dalam keadaan yang lengkap semua anggota," kata Harussani.  
Diminta pendapat jika tugu yang dikenali sebagai ikon pelancongan seperti yang terdapat di Pulau Langkawi perlu dirobohkan, beliau enggan memberikan komen.  
"Yang perlu difahami, yang dilarang tetap dilarang," tambahnya. lapor AstroAwani di SINI

Yang dilarang tetap dilarang!!.. tapi ada pulak Menteri dari sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Bangsa dan Agama yang sudah tentu berugama Islam mempertikaikannya..

KUALA LUMPUR, 6 Sept ― Datuk Seri Nazri Aziz enggan ambil berat pendapat agamawan bahawa tugu berbentuk helang di Langkawi merupakan haram di sisi Islam.  
Menurut menteri pelancongan dan kebudayaan, tiada masalah berkenaan tugu replika helang di Dataran Lang itu kerana ia bukanlah digunakan untuk tujuan keagamaan.  
“Itu adalah pandangan dia, tidak wajar untuk memberi sebarang komen. “Sebagaimana yang kita semua tahu, kita tidak menggunakan patung untuk bersolat,” kata beliau kepada mStar semalam.

Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim baru-baru ini berkata memasang replika helang sebagai mercu tanda adalah haram kerana ia menyerupai bentuk haiwan hidup. 
Dalam sebuah akhbar, Zamri mendakwa telah menerima surat rasmi daripada pihak berkuasa tempatan yang tidak dinamakannya yang bertanyakan hukum membuat replika burung helang untuk tempat berkaitan binatang itu.  
Ekoran itu, Persatuan Pelancongan Langkawi telah membantah sebarang cadangan merobohkan replika raksasa helang itu, mendakwa replika setinggi 12 meter yang terletak di Dataran Lang di sini telah menjadi tarikan pelancongan utama sejak lebih 20 tahun lalu.  
Pejabat Mufti Kedah juga menyatakan akan berbincang dengan majlis jawatankuasa fatwa terlebih dahulu jika terdapat gesaan supaya tugu helang di Langkawi dirobohkan atas faktor haram dari sudut agama lapor MMO

Bila hal berkaitan agama difikirkan secara lojik akal saja.. jadi macam tu laa...


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails