Tuesday, September 6, 2016

Setelah Kutip Berbillion RM Dari GST.. Masih Tak Cukup Duit Untuk Bina Hospital?


Hairan betul ni.. dulu semasa nak dipotong subsidi minyak kata Najib subsidi yang dipotong itu akan digunakan oleh Kerajaan untuk membantu rakyat dengan membina lebih banyak kemudahan untuk rakyat..

Begitu juga semasa telah dilaksanakan GST.. Najib sendiri berkata tanpa GST kerajaan tidak mampu membina lebih banyak sekolah, hospital atau pusat kesihatan di kawasan pedalaman dan luar bandar.. bacalah di SINI

Ahmad Maslan pulak berkata menerusi kutipan cukai GST yang dikuatkuasakan, negara dijangka memperolehi hasil sebanyak RM23 bilion berbanding hasil cukai sebelum pelaksanaan GST iaitu hanya RM13 bilion.



"Kita bernasib baik melaksanakannya (GST) untuk membolehkan kita membina lebih banyak kemudahan asas termasuk jalan, jambatan, sekolah, klinik, hospital, masjid, surau dan bangunan kerajaan, yang dijangka memerlukan peruntukan berbilion ringgit,"

Tetapi setelah mengutip lebih dari RM30 Billion pada tahun 2015 dan kutipan bersih yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan bagi tempoh 1 April 2015 sehingga 31 Disember 2015 adalah sebanyak RM27.01 bilion..

Masih tak cukup duit???

Baca ni..

ALOR SETAR – Rancangan pembinaan Hospital Pendang bernilai RM200 juta yang diluluskan menerusi Bajet 2016 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu diteruskan. 
Bekas Exco Kesihatan Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, perkara itu penting bagi menampung jumlah pesakit yang terlalu ramai menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar. 
“Saya difahamkan rancangan pembinaan Hospital Pendang yang tertangguh sejak sekian lama akan disemak semula walaupun pada sebelum ini Perdana Menteri telah meluluskan pembinaannya. 
“Kita akui semakan itu terpaksa dibuat kerana kerajaan tidak mencukupi duit, tapi kita harap kerajaan dapat teruskan juga projek tersebut,” katanya, semalam. 
Menurutnya, rancangan pembinaan hospital itu juga pernah mendapat perhatian oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah. 
Ditanya mengenai penjimatan yang akan dilakukan kerajaan, beliau yang juga merupakan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah tidak menolak kemungkinan penjimatan akan dibuat melibatkan pelbagai peringkat dalam projek tersebut akibat kegawatan ekonomi negara yang serius.

Tuanku Abdul Halim semasa titah ucapan perasmian Dun Kedah pada 2011 pernah menzahirkan rasa kesal akibat rancangan untuk membina Hospital Pendang dan Hospital Bandar Baharu masih belum dilaksanakan. 
Titah baginda, rakyat di dua daerah berkenaan menghadapi kesukaran kerana perlu bergerak jauh untuk mendapatkan rawatan daripada hospital di luar daerah tersebut. 
Baginda berharap tindakan susulan dapat diambil bagi menyediakan kemudahan hospital berkenaan. Difahamkan, rancangan pembinaan Hospital Pendang pada awalnya diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam Bajet 2006. 
Ketika kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), beberapa projek besar termasuk Hospital Pendang terpaksa ditangguhkan akibat kekurangan peruntukan. 
Projek itu kemudiannya dimasukkan pula ke dalam RMK10 menerusi kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) lapor Sinar di SINI

Dulu kaata tak cukup duit untuk bina Hospital kalau tak laksanakan GST.. dah laksanakan GST pun tak cukup duit apa cerita ni??



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails