Thursday, September 22, 2016

PAS Serah Dokumen Bagi Diteliti Peguam Untuk Saman Sarawak Report


PAS telah menyerahkan semua dokumen berkaitan tindakan parti itu untuk menyaman Sarawak Report, kepada peguamnya untuk penelitian, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan. 

Beliau berkata peguam yang dilantik oleh parti itu akan mengkaji dokumen berkenaan manakala dokumen tambahan akan diberikan sekiranya diperlukan.

"Antara dokumen yang diberikan kepada peguam, dua hari lepas ialah kenyataan balas penafian daripada pemimpin PAS termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang," katanya ketika ditemui di sini, Rabu.

Takiyuddin yang juga anggota Parlimen Kota Bharu ditanya perkembangan tindakan parti itu untuk menyaman portal berita berkenaan yang berpangkalan di London berhubung dakwaan berunsur fitnah terhadap PAS.

Sebelum ini, Sarawak Report mendakwa PAS menerima dana sebanyak RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO, sekali gus mengundang kemarahan anggota PAS yang turut membuat beberapa laporan polis bagi menyiasat dakwaan tersebut lapor MalaysiaGazette



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails