Sunday, September 11, 2016

PAS Akui Keahlian Merosot Teruk, 20 Peratus Keluar Parti..


Keahlian PAS merosot 20 peratus sejak tahun lalu, sewaktu parti itu bergolak susulan krisis kepemimpin sehingga melahirkan serpihan, Parti Amanah Negara (Amanah).

Setiausaha agungnya Datuk Takiyuddin Hassan mengakui di muktamar PAS bahawa ia kini mempunyai kira-kira 800,000 anggota berbanding sejuta orang pada Mac 2015.

“Kita pernah umumkan satu ketika dulu, keahlian sudah mencecah sejuta. Saya ingat menteri besar Kelantan pernah membuat upacara terima ahli kesejuta,” katanya ketika ucapan penggulungan hari ini.



“Tetapi sekarang ini kita membuat pemutihan. [Proses] ini disebabkan ada yang meninggalkan parti, ada yang meninggal dunia. Jadi sekarang keahlian kita sebanyak 800,000.”

Menjelang muktamar dan pemilihan PAS di Kuala Selangor setahun lalu, parti itu mengalami krisis dalaman yang parah.

Pemimpin yang dilabel “progresif dan moderat”, cenderung bekerjasama dalam Pakatan Rakyat, kalah teruk dan mereka bersama penyokong meninggalkan parti untuk menubuhkan Amanah.

Barisan pemimpin PAS kini, yang dilabel “pro-ulama”, dikatakan ingin meningkatkan hubungan dengan Umno, khusus dalam usaha parti itu melaksanakan hudud di Kelantan.

Walau memutuskan kerjasama dengan DAP, sekali gus meruntuhkan gabungan pembangkang, PAS masih mengekalkan kerjasama dengan PKR.

Amanah pula terus bekerjasama dengan dua parti pembangkang itu dalam gabungan baru Pakatan Harapan.



Baca seterusnya di Malay Mail Online

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails