Saturday, September 3, 2016

Kereta Ali Tinju Disembur Cat Merah Di Bukit Aman


Kenderaan Ali Tinju, bekas tentera dan juga aktivis politik, disembur cat merah sewaktu beliau memberi keterangan di ibu pejabat polis Bukit Aman.

Seorang ketua gerakan protes “baju merah” berkata perbuatan khianat itu berlaku di bangunan tempat letak kereta bertingkat di depan bangunan Bukit Aman di sini semalam.

Ali, atau nama asalnya Mohd Ali Baharom, memuat naik beberapa keping gambar kereta Toyota Camry miliknya yang disembur di bahagian sisi kiri dan kanan.

“Kereta saya kena cat merah… saya diminta hadir ke Bukit Aman oleh polis. Tempat letak kereta bertingkat Bukit Aman,” katanya di Facebook malam tadi.

Ali disiasat bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atas dakwaan sengaja mengaibkan atas niat mengganggu ketenteraman.




Isnin lalu, beliau dalam satu rakaman video di luar pejabat polis Dang Wangi menggesa polis “jangan makan tidur, makan tidur” dan segera menahan penganjur himpunan Tangkap MO1.

Himpunan anjuran mahasiswa diadakan Sabtu lalu di sini bagi mendesak 'Malaysia Official 1' atau MO1 ditangkap polis berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

MO1 disebut dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat yang ingin merampas aset dua warga Malaysia yang didakwa menyalahguna dana 1MDB.

MO1 tidak dinamakan dalam dokumen tersebut tetapi Datuk Abdul Rahman Dahlan, menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata MO1 itu merujuk Datuk Seri Najib Razak.

Namun perdana menteri bukan subjek siasatan DOJ, tambahnya, yang juga pengarah komunikasi strategik Barisan Nasional lapor MMO


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails