Monday, September 26, 2016

Kenapa Ahli Pas Duduk Dalam Gelap Dengar Ceramah Amanah?


Program ceramah sempena pelancaran Amanah Parlimen Larut malam tadi rupa-rupanya turut dihadiri ramai ahli dan penyokong Pas.



Demikian diakui Ketua Amanah Taiping, Mohd Saad Ismail berhubung sambutan hangat dalam program dihadiri Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution di Batu Kurau.

"Saya pergi jumpa sahabat lama daripada Pas, bersalam juga peluk mereka. Baru tahu ramai yang duduk dalam gelap.

"Maklumlah Parlimen Larut ini kawasan menantu Presiden Pas. Ustaz Akmal Kamaruddin anak kepada Ustaz Kamaruddin Awang Basir iaitu besan Haji Hadi Awang," ujarnya.

Beliau berkata, kehadiran kira-kira 1,000 penduduk setempat agak memberangsangkan bagi kawasan seperti pekan Batu Kurau.

"Soal sokong atau tidak perkara kedua. Kesediaan mereka duduk dan mendengar sampai habis memberikan satu harapan baru kepada Amanah khususnya dan Pakatan Harapan," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap agar kerjasama Pakatan Harapan akan terus kukuh menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 ini.

"Tahniah kepada Amanah, PKR, DAP dan Bersatu yang nampak mantap kerjasama semalam," tambah Saad lagi.

Turut hadir Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi dan Ketua Angkatan Wanita (Awan) Perak, Zuhairah Mohd Ghazali.

Program berkenaan juga menyaksikan orang ramai mengambil peluang mendaftarkan keahlian dalam Amanah.

Terdahulu, Saad memberitahu, slot sembang petang Mohamad Sabu diadakan bersama penduduk setempat di Kampung Bukit Torak di Dun Selama, Perak pada sebelah siangnya.


Laporan penuh dan lagi gambar lihatlah di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails