Monday, September 26, 2016

Isu 1MDB Agak Merosakkan, Kata Adik Najib


Dalam wawancara dengan majalah Euromoney, pengerusi bank CIMB Datuk Seri Nazir Razak berkongsi pandangannya berkaitan dakwaan skandal 1MDB dan kontroversi yang turut melanda dirinya.


Berdepan soalan berkaitan kesan kontroversi itu terhadap Malaysia dan di peringkat antarabangsa, Nazir berkata keadaan sekarang paling sukar mewakili Malaysia.

Beliau menyifatkannya sebagai “agak merosakkan”.

“Pelabur sekarang ada pilihan. Mereka ada banyak pilihan. Dan Malaysia, malah dengan semua perkara sama pun, ada cabarannya, kerana kita ekonomi yang sangat kecil, kita ada kekuatan tetapi kita juga ada kelemahan ini, kita agak kecil.

Katanya, dibandingkannya dengan Indonesia sahaja, yang pasarannya melibatkan 200 juta orang, skala di Malaysia cuma 10 peratus daripada itu.

“Saya sentiasa sebut bahawa Malaysia mesti bekerja lebih kuat, lebih kuat daripada pasaran lebih besar.

“Dan dalam keadaan seperti ini... apabila pelabur lihat sesuatu macam kemelut 1MDB, dan tidak faham, mereka akan persoal sama ada Malaysia membiarkan amalan tadbir urus yang lemah...,” katanya.

Mengulas pendedahan yang mengaitkan beliau dengan isu 1MDB, yang membuatkannya bercuti semasa siasatan dalaman CIMB, Nazir berkata beliau kesal terjebak dalam keadaan itu.

“Kita ada amalan, peraturan dan undang-undang tersendiri, jadi dalam kerangka itu saya tahu saya tidak baut salah,” katanya.

“Tetapi apabila berita itu keluar di WSJ, pemerhati luar tertanya-tanya: Apa semua ini? Jadi Itu sebabnya saya perlu bertindak bersihkan nama saya.

“Dan sebabnya kenapa berita ini timbul kerana persoalan berkaitan kesahan dana yang diberikan kepada saya, sebab itu dia jadi berita.

“Tanpa semua itu, tiadalah berita,” katanya.

Menjawab soalan, Nazir berkata beliau percaya wang yang dibantu disalurkan bagi pihak abangnya adalah derma kempen lapor MalaysiaKini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails