Friday, September 2, 2016

Duit Dalam Akaun PM, Duit 1MDB Atau Derma Arab Rahman Dahlan?.. Jawablah Pulak..


Pengakuan Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Rahman Dahlan bahawa 'Malaysian Official 1' ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menimbulkan persoalan sama ada beliau mendapat persetujuan kabinet dan PM sendiri untuk berkata demikian.

Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahin Tuan Man berkata, ramai tertanya-tanya apakah pengakuan ini mendapat persetujuan kabinet dan juga PM sendiri?

"Terima kasih Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mengesahkan bahawa ‘Malaysian Official 1’ sememangnya ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

" Apakah pengakuan ini juga bermakna dakwaan saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat ada asasnya? Jika tiada asas, masakan boleh samakan MO1 itu ialah PM?

"Alang-alang Abdul Rahman telah mendedahkan siapa MO1, bolehlah beliau bantu menjawab apakah betul duit 1MDB yang telah masuk ke akaun PM dan apakah cerita bahawa duit di akaun itu daripada dermawan Arab itu dongeng semata-mata?" soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim juga berkata, pengakuan Abdul Rahman itu sepatutnya menjadi berita baik kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad yang kini giat membanteras rasuah.

"SPRM perlu membuka kembali kes 1MDB dan dana masuk ke akaun PM dengan menyiasat segala dakwaan DoJ secepat mungkin agar pihak luar tiada peluang untuk mencampuri urusan pentadbiran negara. SPRM juga perlu menggesa Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali untuk menilai kes 1MDB semula.

"Pas, dan kami yakin semua parti politik akan menyokong penuh SPRM dalam usaha ini untuk menaikkan lagi imej SPRM dan menangkis tuduhan bahawa SPRM tidak berani menangkap ikan jerung," ujarnya lapor MalaysiaDateline


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails