Tuesday, September 27, 2016

BMW Milik Naib Ketua UMNO Bahagian JB Terbakar


Sebuah kereta BMW 5251 milik Naib Ketua Umno Bahagian Johor Bahru Datuk Yahya Jaafar musnah terbakar pada Isnin dipercayai akibat perbuatan khianat.




Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Mohd Taib Ahmad berkata kejadian itu pada awalnya disedari isteri beliau pada pukul 11.45 pagi ketika kenderaan itu diparkir di kawasan rumah mereka di Bandar Baru Uda, di sini.

Yahya juga merupakan Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru ketika itu pula tiada di rumah.

"Semasa kejadian, ada empat orang di rumah (termasuk isteri Yahya) dan mereka keluar apabila menyedari ada asap dan bunyi letupan kecil.

"Selepas diperiksa, didapati sebuah kereta BMW milik Yahya terbakar. Bagaimanapun, mereka sempat menyelamatkan dua buah kereta lain, masing-masing jenis Chrysler dan Audi Q5 yang diparkir berhampiran," katanya dalam kenyataan, di sini.

Mohd Taib berkata bomba dan unit forensik polis telah dipanggil ke lokasi kejadian tetapi tidak menemui sebarang objek atau bahan letupan, yang berkait dengannya.

"Di peringkat ini, siasatan di bawah Seksyen 386 Kanun Keseksaan yang menjuruskan kepada kes khianat dengan api," katanya lapor mStar

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails